5 Penggusti WWE Yang Kelihatan Lebih Hebat Dengan Jambang

Kredit foto: The Inquisitr

Stone Cold Steve Austin

Sebelum jambang tumbuh di mukanya, Stone Cold Steve Austin membawa gaya penggusti yang berambut panjang berwarna perang dan muka licin tanpa sebarang misai dan janggut. Namun begitu, selepas beberapa ketika, beliau mula membiarkan jambang tumbuh di mukanya dan berambut botak. Imej ini telah menaikkan namanya dan kelihatan lebih sesuai untuk dirinya, malah, para penonton turut menggemari imej baru Stone Cold ini.

Kredit foto: WWE Superstars

Triple H

Suatu ketika dahulu, Triple H pernah membawa imej penggusti tidak berjambang. Gaya ini kurang disenangi oleh para penonton kerana wajahnya seperti seorang lelaki kaya yang sombong yang diminta untuk dipukul. Malah, wajahnya tanpa jambang juga dikatakan kelihatan tua berbanding berjambang. Wajah berjambang Triple H adalah lebih sesuai dalam arena gusti kerana ia menampakkan perwatakan Triple H yang ganas dan berani menghadapi mana-mana lawan yang mahu berdepan dengannya.

Kredit foto: It’s Still Real To Me Damn It

CM Punk

CM Punk kelihatan lebih menyerlah apabila beliau berjambang berbanding ketika beliau tidak berjambang. Tidak ada yang tidak ok apabila CM Punk mencukur jambangnya, cuma, imej berjambang adalah lebih bagus untuk karier CM Punk dalam arena gusti. Dengan jambang yang dimilikinya, CM Punk kelihatan seperti seorang juara yang berani menghadapi sebarang cabaran. Beliau juga sering hadir dengan pelbagai jenis jambang yang berbeza-beza semasa di atas gelanggang.

Baca lagi: 12 Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Jambang Yang Super Cool

Kredit foto: TalkSPORT

Daniel Bryan

Penggusti berbadan kecil ini, jika tiada jambang pada wajahnya, beliau hanya kelihatan seperti budak sekolah di dalam gelanggang gusti. Tetapi, apabila Daniel menumbuhkan jambang pada wajahnya, tanggapan orang ramai terhadapnya terus berubah. Beliau kelihatan seperti penggusti yang berani, tabah, tidak mudah untuk berputus asa dan paling penting nampak lebih lelaki.

kelihatan lebih hebat dengan jambang

Randy Orton

Sebelum menumbuhkan jambang di wajahnya, Randy Orton dikenali sebagai The Viper yang membawa imej penggusti dengan muka yang licin tanpa sebarang janggut dan misai. Pada ketika itu, ia kelihatan sesuai kerana Randy masih lagi muda. Namun begitu, apabila beliau membuat kemunculan sebagai Randy Orton, beliau mahu hadir dengan imej baru. Sebab itulah beliau mula menumbuhkan jambang. Jambang telah membantu dalam menampakkan imej matang Randy di samping membuatkan dirinya nampak lebih gagah dan tabah.

Kesimpulannya, anda akan kelihatan lebih hebat dengan jambang, seperti seorang lelaki yang kuat dan berani. Jadi, jika anda belum ada sebarang misai dan janggut, anda boleh mula bela misai dan janggut sekarang. Jika anda sukar untuk tumbuhkan misai dan janggut, jangan risau, anda boleh gunakan Mensive Moustache and Beard Oil untuk menyuburkan misai dan janggut anda.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuknya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *