5 Pemandu Kereta Lumba dengan Bayaran Tertinggi

Sumber gambar: Black Flag Jalopnik

#5 Dale Earnhardt Jr.

Berlumba sudah menjadi darah daging kerana bapa beliau Dale Earnhardt berada dalam ‘NASCAR Hall of Fame’. Dale Earnhardt Jr. merupakan salah seorang pelumba terbaik NASCAR sepanjang zaman malah memenangi Anugerah Pelumba Paling Popular 13 kali berturut-turut daripada 2003 hingga 2015. Dale menunjukkan kejayaan terbaik dalam Daytona International Speedway sehingga mendapat gelaran “Pied Piper” Daytona. Beliau memenangi Daytona 500 dua kali. Kemenangan tersebut meraih $23.5 juta dan pendapatan bersih beliau ialah $300 juta.

 

Sumber gambar: Formula 1

#4 Kimi Raikkonen

Kimi yang memenangi Kejuaraan pada tahun 2007 dalam musim pertamanya bersama Ferrari dilaporkan dibayar gaji $51 juta setahun. Ini menjadikan beliau selebriti ke-26 dan ahli sukan kelima dengan dengan bayaran tertinggi pada tahun 2008. Jadi tidak menghairankan beliau merupakan salah seorang pemandu kereta lumba terkaya di dunia. Pada tahun 2015, beliau meraih $27 juta hasil daripada gaji dan menjadi duta pengiklanan.

 

Sumber gambar: Sky Sports

#3 Sebastian Vettel

Vettel salah seorang pemandu lumba F1 terbaik di dunia. Beliau banyak mencipta rekod sebagai yang termuda mengambil bahagian dalam sesi latihan rasmi Grand Prix, memberi skor dalam kejohanan, mengetuai perlumbaan dan memenangi perlumbaan. Vettel pernah memenangi gelaran F1 World Driver Championships empat kali berturut-turut. Tahun 2015 beliau dilaporkan meraih $32 juta.

 

Sumber gambar: Automobile Magazine

#2 Fernando Alonso

Pelumba F1 yang berasal daripada Sepanyol ini hanya berumur 22 tahun ketika memenangi Grand Prix dan menjadi pelumba termuda yang memenangi kejuaraan itu. Dengan pendapatan sebanyak $34 juta, beliau merupakan salah seorang pelumba  dengan bayaran terbanyak.

 

Sumber gambar: Rye House

#1 Lewis Hamilton

Dengan pendapatan $36 juta dan juga tambahan $3 juta daripada hasil pengiklanan, Lewis Hamilton merupakan pelumba dengan bayaran tertinggi setakat ini. Lewis Hamilton telah memenangi 3 kejuaraan, 50 kemenangan dan 101 penghabisan podium. Beliau dilahirkan untuk berlumba dan mendekati pengetua kumpulan McLaren, Ron Dennis lalu berkata, “Saya mahu berlumba untuk anda satu hari nanti. Saya mahu berlumba untuk McLaren”.

Baca lagi: 5 Syarikat Permainan Video Terbesar Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.