5 Pemain Lawan Pedang Wanita Paling Top

Sukan lawan pedang ialah sukan di mana dua pesaing berlawan menggunakan pedang. Poin markah diberi berdasarkan sentuhan yang dibuat terhadap pihak lawan. Mari kita kenali pelaean-pelawan hebat ini.

 

Sumber: SportHistoria

#5 Antonella Ragno-Lonzi

Antonella Ragno-Lonzi berasal dari Itali dan merupakan pemenang pingat emas di Olimpik 1972, dan pemenang pingat gangsa pada Olimpik 1960.

 

Sumber: thestar

#4 Jujie Luan

Jujie Luan merupakan pelawan pedang Kanada yang lahir dari China. Beliau menjadi pemain Cina pertama memenangi pingat emas pada Olimpik 1984. Pada umur 50 tahun, beliau mewakili Kanada di Olimpik 2008.

 

Sumber: Coni

#3 Giovanna Trillini

Giovanna Trillini yang berasal dari Itali merupakan pemenang sebanyak empat kali kejuaraan Olimpik. Beliau memenangi pingat perak dan dua pingat gangsa dalam pertandingan individu Olimpik.

 

Sumber: Wikimedia Commons

#2 Valentina Vezzali

Valentina Vezzali merupakan pelawan pedang wanita yang berasal dari Itali. Beliau juga merupakan seorang ahli politik dan sebagai pelawan pedang, beliau telah memenangi enam pingat emas Olimpik.

 

Sumber: Inside the Games

#1 Elisa Di Francisca

Elisa Di Francisca yang berasal dari Itali merupakan Juara Olimpik 2012, Juara Dunia 2010 dan Juara Eropah sebanyak tiga kali. Beliau memenangi siri Piala Dunia 2010-2011 dan mempunyai tujuh kemenangan Piala Dunia atas namanya.

Baca lagi: Iphone Terbaru Apple Bakal Punya ‘Cover’ Kaca?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *