5 Pemain Gitar Terhebat Sepanjang Zaman

Kami yakin dan percaya bahawa sesiapa yang gemar bermain gitar pasti ada idola mereka tersendiri. Tidak kiralah sama ada idola mereka adalah pemuzik tempatan ataupun dari luar negara, apa yang penting, idola inilah yang memberi semangat kepada mereka untuk bermain gitar.

Dalam artikel kali ini, kami cuba untuk berkongsi dengan anda 5 pemain gitar terhebat sepanjang zaman yang pernah wujud di muka bumi ini. Info ini kami perolehi daripada laman web Rolling Stone iaitu sebuah laman web yang cukup sinonim dengan dunia muzik ini.

Di sini, kami akan ceritakan secara ringkas mengapa 5 orang pemain gitar ini dipilih sebagai pemain gitar lagenda dan terhebat sepanjang zaman. Jom kita lihat satu per satu.

pemain gitar terhebat

#5. Jeff Beck

Jeff mempunyai kombinasi yang menarik sebagai seorang pemain gitar. Beliau memiliki personaliti yang unik dan juga teknik bermain gitar yang mengagumkan. Cara bermain gitarnya yang begitu unik ini seolah-olah seperti beliau sedang berkata, “Hei, ini aku Jeff Beck dan kau takkan boleh endahkan aku bila aku bermain gitarku.”

Baca lagi: 12 Dialog Menarik Dari 2 Filem Trilogi ‘Rock’ Yang Sentiasa Melekat Dalam Ingatan Penonton

ads-beard-oil-with-azrel

pemain gitar terhebat

#4. Keith Richards

Keith Richards adalah pemain gitar untuk band Rolling Stones. Apa yang menjadikan Keith seorang pemain gitar yang berstatus lagenda dan hebat adalah kerana beliau mampu membuat ‘tuning’ gitar yang sangat unik. Ia seolah-olah menjadi cara untuk beliau meluahkan apa yang dirasainya melalui petikan gitarnya.

pemain gitar terhebat

#3. Jimmy Page

Beliau dikatakan sebagai pemain gitar yang bermain ‘the right thing at the right spot’. Setiap petikan gitar Jimmy Page dikatakan mampu menghasilkan bunyi yang sangat baik dan menarik. Beliau juga mempunyai visi di mana beliau boleh mengubah pandangan stereotaip terhadap gitar. Selain pandai bermain gitar, Jimmy juga boleh menulis dan menghasilkan lagu.

ads-pomade_updated

pemain gitar terhebat

#2. Eric Clapton

Eric Clapton sangat popular dikalangan pemuzik sebagai pemain gitar yang menggemari cara permainan yang ‘simple’ tetapi menarik. Semua solo gitar beliau yang menarik, yang ‘menangkap’ telinga agar didengari, semuanya adalah hasil permainan gitar yang asas sahaja. Tetapi, oleh kerana beliau pandai memanipulasikan permainan asas ini, beliau dilihat sebagai pemain gitar lagenda.

pemain gitar terhebat

#1. Jimi Hendrix

Jimi Hendrix menduduki carta teratas sebagai pemain gitar terhebat sepanjang zaman kerana keupayaan beliau untuk memaksimakan penggunaan sesebuah gitar. Bagi Jimi, setiap komponen yang ada pada gitar adalah suatu kelebihan baginya untuk menghasil muzik yang mantap. Jika diteliti setiap petikan gitar beliau, kita boleh tahu bahawa hasil muziknya adalah hasil kerja kerasnya yang begitu tekun untuk menghasilkan muzik yang sangat hebat.

Jadi, inilah dia 5 pemain gitar terhebat sepanjang zaman yang telah disenaraikan oleh laman web Rolling Stone. Adakah anda mempunyai pilihan yang berbeza? Jika ada, jangan segan-segan untuk nyatakan nama pemain gitar kegemaran anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber info dan gambar: Rolling Stone

Baca lagi: 4 Rock Band Ini Diarahkan Penganjur Untuk Menipu Tetapi Penganjur Pula Yang Ditipu

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *