5 Pemain Bola Sepak Yang Sebenarnya Tidak Berminat Dengan Sukan Bola Sepak

Sebenarnya, tak semua pemain bola sepak yang anda lihat itu benar-benar meminati permainan ini. Kita dapat lihat beberapa pemain hebat seperti Cristiano Ronaldo dan juga Lionel Messi yang bermain bola kerana passion mereka yang begitu kuat terhadap bola sepak yang akhirnya menjadikan mereka pemain bola bertaraf lagenda.

Namun begitu, ada yang menganggap sukan bola sepak ini hanyalah sekadar pekerjaan mereka dan tidak lebih dari itu. Malah, ada juga yang sebenarnya tidak suka pun dengan sukan bola sepak ini tetapi tetap bermain malah turut mewakili negaranya.

Jom kita lihat 5 pemain bola sepak yang sebenarnya tidak berminat dengan sukan bola sepak ini.

pemain bola sepak yang sebenarnya tidak berminat

Kredit foto: skysports.com

Benoit Assou-Ekotto

Benoit Assou-Ekotto adalah seorang pemain bola sepak profesional yang pernah bermain untuk pasukan Lens, Tottenham Hotspurs, Queens Park Rangers dan juga Saint Etienne. Pemain yang cukup popular dengan rambutnya yang mengerbang ini juga pernah bermain dengan pasukan Cameroon sebanyak 24 kali.

Pernah dalam suatu temuramah, Assou-Ekoto memberitahu bahawa bola sepak bukanlah passion beliau. Bermain bola sepak baginya hanyalah sekadar pekerjaan. Datang waktu latihan, bermain pada hari perlawanan tetapi pada waktu lain, beliau langsung tidak bermain bola sepak.

pemain bola sepak yang sebenarnya tidak minat

Kredit foto: Getty Images

Espen Baardsen

Pemain seterusnya yang tidak meminati sukan bola sepak ini tetapi telah bermain secara profesional ialah Epsen Baardsen. Beliau pernah bermain bersama Tottenham Hotspurs pada tahun 1996 hingga 2000. Beliau juga telah mewakili pasukan kebangsaannya iaitu Norway sebanyak 4 kali.

Baardsen telah bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada usia yang agak muda iaitu 25 tahun. Menurut Baardsen, punca utama beliau bersara adalah kerana beliau telah hilang minat untuk bermain bola sepak. Sekarang Baardsen bekerja sebagai penganalisis kewangan di kota London.

Baca lagi: Pemain Bola Sepak Yang Pernah Popular Kerana Penipuannya Yang World Class

ads-mens-grooming

pemain bola sepak yang sebenarnya tidak minat

Kredit foto: skysports.com

Bobby Zamora

“Saya bukanlah peminat tegar sukan bola sepak,” kata Bobby Zamora dalam satu temuramah. Walaubagaimanapun, beliau telah mewakili banyak kelab-kelab ternama seperti West Ham, Fulham, Queens Park Rangers dan juga Tottenham Hotspurs.

Menurut Zamora, beliau tidak suka menonton perlawanan bola sepak pada waktu lapangnya dan ramai yang mengatakan itu sesuatu yang pelik. Zamora juga mengatakan, selepas beliau bersara sebagai pemain bola sepak, menonton perlawanan bola sepak bukanlah antara perkara yang akan dilakukannya semasa melalui tempoh persaraannya.

pemain bola sepak yang sebenarnya tidak minat

Kredit foto: mirror.co.uk

Curtis Woodhouse

“Ramai orang sukakan bola sepak, tetapi bagi saya, ia cuma satu kerjaya,” kata Curtis Woodhouse semasa ditemuramah oleh BBC Sport. Pemain ini pernah bermain dengan kelab Birmingham City, Peterborough United dan Hull City. Woodhouse mengatakan dia boleh sahaja bermain sehingga berumur 35 tahun dan hidup dengan gaji yang menarik tetapi bermain bola sepak menyebabkan jiwanya terasa kosong.

Akhirnya, Woodhouse menceburkan diri sebagai peninju separuh masa dan pernah bergelar sebagai johan ‘International Masters light-welterweight’ pada tahun 2010.

ads-beard-oil

pemain bola sepak yang sebenarnya tidak minat

Kredit foto: thesun.co.uk

David Batty

Dalam senarai ini, David Batty boleh dikatakan sebagai pemain bola sepak berprofil tinggi. Beliau sudah beraksi sebanyak 200 kali bersama dengan Leeds United sejak tahun 1986 sehingga 1993. Beliau juga telah mengumpul 42 cap sepanjang beraksi bersama skuad England.

Selepas bersara daripada bermain bola sepak secara profesional, David Batty tidak pernah langsung menonton mana-mana perlawanan bola sepak. Beliau juga sehingga kini tidak faham mengapa seseorang peminat sanggup menghabiskan duit membeli tiket untuk menonton perlawanan bola sepak. “Lagipun, perlawanan di peringkat nasional ini sangat membosankan,” kata David Batty dalam temuramah bersama The Sunday Mirror.

Ada lagi tak pemain-pemain bola sepak yang anda kenal yang bermain bola sepak hanya sekadar karier? Ataupun, anda ada mengenali pemain-pemain bola sepak yang menjadikan suka bola sepak sebagai batu loncatan untuk mencapai karier mereka yang sebenarnya?

Jika ada, jangan segan-segan tinggalkan komen anda di bawah ye. Kami berminat untuk berkongsi pendapat dengan anda.

Sumber: Mental Floss

Baca lagi: 9 Pemain Bola Sepak Ini Tidak Pernah Dikenakan Kad Merah Sepanjang Karier Mereka

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *