5 Pemain Bola Sepak Yang Paling Pendek Di Dunia (Pendek Tapi Power)

Pendek adalah satu kekurangan. Begitulah tanggapan sesetengah orang terhadap individu yang tidak tinggi ini. Mereka yang pendek ini kadangkala dipandang rendah seolah-olah tidak mampu melakukan sesuatu kerja dengan baik.

Namun begitu, jangan disangka orang yang pendek ini tiada kelebihan. Pada artikel kali ini, kami ingin membuktikan bahawa orang yang tidak cukup tinggi ini boleh bermain bola sepak dengan baik dan mampu mencapai ke peringkat antarabangsa.

Mungkin dengan artikel ini, jika ia dibaca oleh golongan yang tidak tinggi ini, mereka akan rasa bersemangat dan bermotivasi untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat dalam hidup mereka.

Jom kita lihat 5 pemain bola sepak yang paling pendek di dunia.

paling pendek

Kredit foto: Romanian Soccer

#1. Elton Jose Javier Gomes (1.54 meter)

Elton Gomes adalah pemain bola sepak yang paling pendek di dunia. Beliau yang berasal dari Brazil kini bermain dengan kelab Al-Fateh di Arab Saudi. Teknik permainannya yang unik dan juga skil menggeleceknya yang hebat menyebabkan beliau sangat diminati oleh para peminat kelab yang diwakilinya.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Yang Sebenarnya Tidak Meminati Sukan Bola Sepak

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Pes Kings Edition

Kredit foto: Pes Kings Edition

#2. Daniel Alberto Villalva Barrios (1.54 meter)

Pemain yang berasal dari Argentina ini kini sedang bermain dengan kelab Veracruz di Mexico. Villalva juga adalah pemain bola sepak termuda yang pernah mewakili River Plate di mana usianya ketika itu ialah 16 tahun.

Beliau juga pernah mewakili Argentina dalam Piala Dunia Bawah 17 tahun pada tahun 2009. Villalva yang baru berusia 24 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia bola sepak.

Kreedit foto: Sport - Lca.pl

Kreedit foto: Sport – Lca.pl

#3. Marcin Garuch (1.55 meter)

Pemain ini mempunyai ketinggian 1.55 meter atau bersamaan 5 kaki 1 inci dan berasal dari Poland. Garuch kini sedang beraksi dengan kelab OFK Grbalj. Beliau yang beraksi sebagai pemain tengah kanan, mempunyai kepakaran dalam deadball situation. Garuch yang kini berusia 28 tahun juga dikatakan mampu membawa dan menggelecek bola dengan laju disebabkan saiznya yang kecil.

ads-pomade_updated

Kredit foto: Playbuzz

Kredit foto: Playbuzz

#4. Jafal Rashed Al-Kuwari (1.55 meter)

Jafal yang kini sudah bersara merupakan bekas pemain kelab paling berjaya di Qatar iaitu Al-Sadd. Beliau juga pernah mewakili Qatar sebanyak 51 kali di samping pernah beraksi di Olimpik 1992. Walaupun telah bersara pada tahun 2009, Jafal masih meneruskan karier bola sepaknya dengan mewakili Qatar dalam pertandingan bola sepak pantai.

Kredit foto: Sportske

Kredit foto: Sportske

#5. Samuel Peter Lee (1.57 meter)

Samuel Peter Lee atau juga dikenali sebagai ‘Little Sam’ pernah bermain sebanyak 197 kali bersama Liverpool pada tahun 1976 sehingga 1986. Walaupun rendah, pada tahun 1980-81, ketika beraksi dalam ‘European Cup’, Lee telah mengawal pemain Bayern Munich iaitu Paul Breitner (1.8 meter) sehinggakan Breitner sukar untuk bergerak walaupun beliau lebih besar daripada Lee. Ini adalah bukti bahawa, orang rendah boleh mengatasi sesiapa sahaja yang lebih tinggi dan besar.

Inilah dia 5 pemain bola sepak yang paling pendek di dunia. Setiap daripada mereka mempunyai kemahiran tersendiri yang menyebabkan mereka dipuji peminat dan digeruni lawan. Selain itu, mereka juga membantu menyedarkan kita bahawa fizikal yang rendah bukanlah halangan untuk kita mencapai apa yang kita nak selagi kita berusaha untuk mencapainya.

Adakah anda kenal mana-mana lagi pemain bola sepak yang rendah tetapi berbakat besar? Jika ada, jangan segan-segan untuk nyatakan nama mereka di dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: Sportskeeda

Baca lagi: Pemain Bola Sepak Yang Pernah Popular Kerana Penipuannya Yang World Class

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *