5 Pemain Bola Sepak Yang Paling Agresif Di dunia

Dalam dunia bola sepak ni, tidak sah rasanya jika tidak berlaku kekerasan. Kekerasan tanpa sengaja mungkin tak mengapalah. Tetapi, jika kekerasan itu berlaku dengan sengaja, ha, itu mengundang bencana namanya.

Kebiasaannya, permainan ganas sebegitu sering ditampilkan oleh pemain-pemain yang agresif. Suis kemarahan mereka mudah terpetik buka apabila mereka berasa tidak puas hati pada seseorang pemain. Akibatnya, satu serangan yang mencederakan pemain pasti akan berlaku.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 pemain bola sepak yang paling agresif di dunia. Keagresifan pemain-pemain ini telah menyebabkan pemain lawan berasa takut untuk mendekati mereka.

Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama lihat siapakan pemain yang dimaksudkan ini.

pemain bola sepak yang paling agresif di dunia

Kredit foto: Inside Spanish Football

Pepe

Pemain yang dibeli oleh Real Madrid dari kelab Portugal iaitu Porto pada nilai 30 juta Euro adalah seorang pemain pertahanan yang cukup hebat. Namun begitu, disebalik kehebatannya mengawal kubu pertahanan Real Madrid, Pepe adalah antara pemain bola sepak paling agresif di dunia.

Pernah satu ketika dalam perlawanan menentang kelab Getafe, Pepe telah menjatuhkan pemain Getafe iaitu Javier Cosquero di dalam kotak penalti. Rentetan dari situ, pengadil telah menghadiahkan penalti kepada Getafe.

Akibat rasa tidak puas hati, Pepe telah bertindak menyepak kepala Javier namun begitu sepakannya tidak mengena sasaran dan sekadar menyentuh lembut kepala Javier sahaja.

Namun begitu, akibat tindakan itu, Pepe telah digantung sebanyak enam perlawanan. Selain daripada insiden ini, Pepe juga pernah terlibat dengan beberapa insiden kekerasan yang lain. Beliau pernah bertindak memijak tangan Lionel Messi semasa pertembungan Barcelona dan Real Madrid.

Tetapi, sejak akhir-akhir ini, Pepe dilihat sudah kurang bertindak secara agresif. Beliau menjadi lebih rasional dan tidak melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan.

Kredit foto: Irish Times

Luiz Suarez

Luiz Suarez adalah seorang pemain yang berbakat besar. Kelincahan beliau di dalam padang telah menarik perhatian banyak kelab untuk memilikinya. Namun begitu, di sebalik kehebatannya, terselit sifat agresif di dalam dirinya.

Jika pemain-pemain lebih gemar bertindak kasar menggunakan siku, tangan, kaki dan kepala, lain halnya pula buat Luiz Suarez. Beliau mampu mencederakan pemain lain menggunakan giginya.

Semasa mewakili Ajax, Luiz telah bertindak menggigit Ottman Bakkal. Sewaktu mewakili Liverpool, beliau telah menggigit pemain pertahanan Chelsea iaitu Branislav Ivanovic. Ketika mewakili Uruguay, Luiz menggigit pula pemain Itali iaitu Giorgio Chiellini.

Ramai pengurus bola sepak memuji semangat yang ada pada Luiz Suarez kerana berusaha untuk mendapatkan semula bola yang dirampas pemain lawan. Namun begitu, apabila emosinya tidak dapat dikawal, beliau akan bertindak kasar pada lawannya.

Walaubagaimanapun, sejak menyertai Barcelona, Luiz Suarez berjaya mengawal emosinya dengan baik. Tetapi, disebabkan tindakannya sebelum ini, beliau pernah digantung sebanyak 39 perlawanan gara-gara menggigit pemain lawan.

Baca: Kena Tikam Ada, Kena Tembak Pun Ada – Inilah Cerita Penyokong Bola Sepak Paling Ganas

Kredit foto: Sportskeeda

Sergio Ramos

Sepanjang mewakili Real Madrid, Sergio Ramos telah mengumpul sebanyak 21 kad merah dan ini melayakkan beliau menjadi pemain bola sepak paling agresif di dunia.

Semenjak berpindah ke Galaticos dari Sevilla pada tahun 2003, Sergio Ramos adalah pemain harapan Real Madrid dalam mengawal kubu pertahanan mereka. Ketangkasan dan respon yang pantas yang dimiliki Ramos menyebabkan pemain-pemain lawan sukar menembusi benteng pertahanan Madrid.

Kehebatan Ramos juga adalah punca Real Madrid berjaya memenangi trofi-trofi berprestij dan antaranya adalah seperti Piala Liga Juara Juara Eropah. Namun begitu, walaupun cemerlang membawa Madrid ke puncak kegemilangan, Sergio Ramos turut terlibat dalam insiden kekerasan.

Apabila amarahnya tidak dapat dikawal, Ramos akan bertindak mengikut perasaan. Beliau akan melakukan terjahan keras terhadap pemain pada saat mereka tidak mengawal bola dan ada waktunya juga beliau akan bergaduh dengan pemain lain.

Akibat tindakannya ini kadangkala ia menjadi punca Real Madrid kalah di dalam perlawanan penting. Sebab itulah tidak pelik apabila melihat Ramos berjaya mengumpul 21 kad merah sepanjang mewakili Madrid.

Kredit foto: Dutch Soccer Side

Nigel de Jong

Siapa yang tidak ingat tendangan padu ‘Kamen Rider’ yang dilepaskan oleh Nigel de Jong tepat ke dada Xavi Alonso semasa final Piala Dunia 2010 kan? Ingat tak? Ingat tak?

Tak cukup dengan itu, ingat tak yang Nigel de Jong pernah melakukan terjahan yang sangat keras terhadap Hatem Ben Arfa yang telah menyebabkan tulang tibianya patah. Ingat tak? Ingat tak? Akibat tindakan ini, Nigel de Jong telah dikeluarkan daripada skuad kebangsaan Belanda.

Semasa mewakili AC Milan, De Jong telah mengumpul sebanyak 19 kad kuning gara-gara kekerasan yang sering dilakukannya. Ini menunjukkan bahawa De Jong adalah pemain yang agresif tetapi dalam masa yang sama membantu kelabnya untuk memberikan rasa gerun kepada penyerang-penyerang pasukan lawan.

Walaupun Nigel de Jong mempunyai kualiti permainan yang baik, namun begitu apabila amarahnya tidak dapat dikawal, kemungkinan besar ada pemain lawan yang akan patah tulangnya apabila bertemu dengan kaki Nigel de Jong.

Kredit foto: Associated Press

Joey Barton

Joey Barton ni punya agresif sampai satu tahap orang menganggap apabila dia berada dalam padang, pastinya bencana akan mendatang. Seolah-olah tak sah jika Barton tidak mencemarkan perlawanan dengan permainan kasarnya.

Bekas pemain Manchester City yang kini bermain untuk Burnley lebih diingati kerana sikapnya yang sangat agresif berbanding berapa piala yang pernah dimenanginya. Barton menerima kad merahnya yang pertama gara-gara bertengkar dengan pengadil semasa rehat separuh masa.

Kemudian, Barton juga terlibat dalam pergaduhan 10 orang pemain semasa perlawanan persahabatan menentang Doncaster Rovers selepas beliau melakukan terjahan keras terhadap pemain Rovers.

Joey Barton juga sinonim dengan tindakan terjahan dua kaki. Ia adalah seperti makanan buat Barton kerana sering melakukan terjahan seperti itu terhadap lawannya.

Sepanjang karier Joey Barton, banyak lagi insiden-insiden agresif berkaitan beliau terhadap pemain lain yang boleh kita ketahui. Tetapi, apabila Barton dapat mengawal emosinya, beliau sebenarnya boleh bermain bola sepak dengan cukup baik dan cantik.

Anda rasa ada pemain bola sepak yang paling agresif selain daripada 5 pemain yang disebutkan di atas? Jika ada, sila tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca: 9 Pemain Bola Sepak Yang Tidak Pernah Menerima Kad Merah Sepanjang Karier Mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *