5 Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Ijazah; Satu Daripadanya Memiliki Ijazah Perubatan

Bermain bola sepak tidak memerlukan ijazah. Ini kerana, untuk menjadi hebat dalam sukan ini, seseorang itu hanya perlu ada bakat dan juga rajin menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.

Namun begitu, 5 pemain bola sepak yang akan disebutkan ini bukan sahaja handal bermain bola sepak, malah mereka juga sudah mempunyai ijazah dalam bidang pilihan mereka sendiri.

5 pemain bola sepak yang mempunyai ijazah ini sebenarnya telah membuktikan bahawa pemain bola sepak juga boleh menjadi cendekiawan andainya mereka bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu, selain daripada bidang bola sepak.

Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama tengok 5 pemain bola sepak yang mempunyai ijazah ini. Mana tahu, anda yang sedang membaca mungkin sedang mengikuti pengajian ijazah dan dalam masa yang sama mahu menjadi pemain bola profesional akan menjadi lebih bersemangat untuk tamatkan pengajian anda.

pemain bola sepak yang mempunyai ijazah

Kredit foto: goal.com

#5. Yuto Nagatomo

Pemain yang berasal dari Jepun ini dan kini bermain untuk Inter Milan mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dari Universiti Doshisha yang terletak di barat Jepun. Nagatomo yang berusia 30 tahun ini juga telah menulis dua buah buku dan salah satunya bertajuk “Tankobon” yang telah diterbitkan pada tahun 2012.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Ini Masih Kekal Bentuk Rambutnya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

ads-pomade_updated

pemain bola sepak yang mempunyai ijazah

Kredit foto: skysports.com

#4. Juan Mata

Selain daripada mempunyai kepandaian mengemudi barisan tengah Manchester United, Juan Mata juga mempunyai kepandaian dalam bidang akademik. Beliau pernah mempelajari bidang kewartawanan di Madrid dan memiliki ijazah dengan dua major iaitu sains sukan dan juga kewangan.

pemain bola sepak yang mempunyai ijazah

Kredit foto: mirror.co.uk

#3. Shaka Hislop

Bekas penjaga gol Newcastle United ini adalah antara pemain bola sepak yang pernah bekerja dengan NASA. Shaka Hislop mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan dan kerana inilah beliau mendapat peluang bekerja di sana. Hasil kepandaian kejuruteraan beliau juga dapat dilihat melalui kerja-kerja analitikal beliau untuk ESPN dan juga The Guardian.

pemain bola sepak yang mempunyai ijazah

Kredit foto: wheresthepassionlads.co.uk

#2. Simon Mignolet

Pemain yang berpindah dari Sunderland ke Liverpool ini sedang merasai kemuncak kariernya kerana prestasi yang baik yang ditunjukkan oleh Liverpool. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa Simon Mignolet sebenarnya mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang dan juga sains politik. Selain itu, beliau juga fasih bercakap dalam 4 bahasa iaitu, bahasa inggeris, bahasa perancis, bahasa jerman dan juga bahasa belanda.

ads-beard-oil

pemain bola sepak yang mempunyai ijazah

Kredit foto: wsj.com

#1. Socrates

Pemain lagenda Brazil ini bukan sahaja bijak beraksi dalam padang, malah beliau juga bijak dalam bidang akademik. Sesuai dengan namanya yang sama dengan tokoh cendekiawan masa lampau iaitu ‘Socrates’, pemain bola sepak Brazil ini mempunyai ijazah dalam bidang perubatan. Seperti kita sedia maklum, bidang ini sangat susah dan kritikal tetapi Socrates dapat memilikinya di mana dalam masa yang sama beliau masih aktif bermain bola.

Itulah dia senarai 5 pemain bola sepak yang mempunyai ijazah. Jadi, jika anda sedang mengikuti pengajian ijazah, janganlah berhenti walaupun cita-cita anda hendak menjadi pemain bola sepak profesional. Tidak rugi pun menghabiskan pengajian anda kerana ia mungkin berguna selepas anda bersara sebagai pemain bola sepak.

Yelah, sampai suatu masa, fizikal anda akan menjadi lemah dan tidak kuat apabila usia semakin meningkat. Jadi, ilmu-ilmu yang anda pernah pelajari inilah yang akan membantu anda dalam meneruskan kehidupan. Contohnya seperti Juan Mata, selepas ini beliau mungkin boleh menjadi penulis artikel. Ataupun Simon Mignolet, beliau mungkin akan berkhidmat sebagai pengamal undang-undang mengikut ijazah yang diperolehinya.

Tetapi, andainya anda ada pendapat berbeza tentang menjalani pengajian akademik sambil bermain bola sepak profesional, kami mengalu-alukan pendapat anda. Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: The Sportster, The Sportbuzz, Salute Soccer

Baca lagi: Pemain Bola Sepak Ini Pernah Popular Kerana Penipuannya Yang World Class

Join us_New

1 Comment

  1. nurul fatin adiana

    October 9, 2016 at 1:09 AM

    thumbs up!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.