5 Pemain Bola Sepak Terkaya di Jerman

Sumber: Sports-nova

#5 Manuel Neuer – $52.8 Juta

Pemain profesional Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman ini merupakan penjaga gol dengan kekuatan yang  luar biasa, ketepatan menghentikan serangan gol, reflex, dan kawalan bola. Beliau boleh dikatakan salah seorang penjaga gol terbaik masa kini. Beliau tidak pernah bermain untuk pasukan yang lain.

 

Sumber: ArsenalFanTV.com

#4 Marco Reus – $57 Juta

Marco Reus kini bermain untuk Bundesliga sebelah Borussia Dortmund, sebagai penyerang tengah. Beliau merupakan salah seorang pemain tengah terbaik dunia, dengan keupayaan teknikal dan kawalan bola pada kelajuan tinggi. Betapa hebatnya beliau sehingga dijadikan sebagai muka depan permainan video FIFA 17, yang sebelum ini dimiliki Lionel Messi selama empat tahun.

 

Sumber: ChelseaNews24

#3 Sami Khedira – $60 Juta

Apabila Sami Khedira menyertai Real Madrid pada tahun 2010, beliau menerima banyak kritikan  kerana peminat merasakan beliau tidak layak. Kini, beliau berjaya menunjukkan prestasi yang baik untuk pasukannnya. Beliau memulakan kerjaya dengan Jerman sebelah VfB Stuttgart, sebelum berpindah ke Spain sebelah Real Madrid. Beliau memenangi Piala Dunia FIFA pada tahun 2014.

 

Sumber: Manchester United

#2 Bastian Schweinsteiger – $80 Juta

Bastian Schweinsteiger kini bermain untuk Manchester United sebagai pemain tengah. Beliau mempunyai kehebatan menghantar bola, kadar kerja, dan sepakan jauh yang mengkagumkan. Semasa bersama Bayern Munich, beliau merupakan pemain yang penting.

 

Sumber: Wallpapersdsc.net

#1 Philipp Lahm – $100 Juta

Philipp Lahm mungkin rendah dari segi fizikal, tetapi peranan beliau amat penting dalam pasukannya. Philipp Lahm dianggap sebagai pemain ‘full-back’ terbaik generasi ini. Beliau bermain untuk kedua-dua pemain tengah ‘Right-back’ dan ‘Defensive’ untuk Bayern Munich. Beliau terkenal dengan stamina, kelajuan, dan ketepatan dalam permainannya. Fizikalnya yang kecil meraih nama jolokon “Magic Dwarf”.

Baca lagi: “Transformers: The Last Knight”, Optimus Prime Jadi Penjahat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.