5 Pemain Bola Sepak Bertaraf Bintang Yang Kini Hidup Bermasalah Selepas Bersara

Walaupun pernah bergelar bintang bola sepak suatu ketika dahulu, tetapi 5 pemain bola sepak bertaraf bintang ini akhirnya menjadi bintang yang tidak lagi bersinar selepas mereka bersara. Kehidupan mereka menjadi caca merba gara-gara ditimpa pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan baik. Jom kita lihat siapakah 5 pemain bola sepak yang berdepan dengan masalah kehidupan selepas bersara.

pemain bola sepak yang berdepan dengan masalah kehidupan selepas bersara

Kredit foto: AOL Money UK

David James

Suatu ketika dahulu, David James pernah mencatat rekod sebagai penjaga gol yang paling banyak ‘clean sheets’ dalam Liga Perdana Inggeris. Namun begitu, hidupnya jadi terumbang-ambing selepas bersara. Beliau mempunyai masalah menguruskan kewangan dengan baik dan hutang yang menimbun. Aset-asetnya terpaksa dijual untuk meneruskan kehidupan termasuklah barang-barang kenangannya dari zaman kegemilangan bola sepaknya.

Kredit foto: Birmingham Mail

Paul Merson

Bekas pemain Arsenal ini dan sudah bermain sebanyak 423 kali untuk Arsenal kini hidup susah gara-gara ketagihannya terhadap alkohol dan juga dadah. Paul Merson membelanjakan jutaan dolar untuk memenuhi kehendaknya meminum alkohol dan menggunakan dadah. Harta bendanya turut tergadai gara-gara menghidapi ketagihan yang teruk terhadap alkohol dan dadah.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Masih Kekal Bentuknya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

Kredit foto: Le Matin

Paul Gascoigne

Paul Gascoigne adalah pemain bertaraf bintang untuk England suatu ketika dahulu. Namun begitu, sama seperti Paul Merson, Paul Gascoigne mempunyai masalah ketagihan alkohol yang teruk yang kini menghancurkan hidupnya. Selain itu, beliau juga disahkan menghidapi penyakit bulimia, OCD dan ‘bipolar disorder’ di samping turut menagih kokain dan gemar berjudi.

Kredit foto: VG

John Carew

Zaman kegemilangan John Carew boleh dikatakan terjadi sewaktu beliau mewakili Aston Villa selama 4 tahun. Pada masa itu gandingan beliau Emile Heskey, Agbonlahor dan Young memang digeruni lawan. Namun begitu, kegagalan beliau menguruskan kewangan selepas bersara menyebabkan beliau telah diisytiharkan muflis. Semua ini terjadi kerana John Carew telah terlibat dengan skim penipuan yang akhirnya telah menghabiskan duitnya dan menghancurkan hidupnya.

Kredit foto: Bdnews24.com

Ronaldo

Bukan Cristiano Ronaldo dari Portugal. Tetapi ini adalah Ronaldo dari Brazil yang juga pemain bintang yang terkenal di seluruh dunia. Ronaldo pernah beraksi bersama-sama kelab-kelab hebat seperti Barcelona, Inter Milan dan juga Real Madrid. Namun begitu, selepas bersara, Ronaldo terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang yang perlahan-perlahan merosakkan namanya sebagai pemain yang pernah bergelar FIFA World Player of the Year sebanyak 3 kali.

Bergelar bintang tidak bermaksud hidup para pemain bola sepak ini akan menjadi senang selepas bersara. Andainya pengurusan diri tidak dibuat dengan baik, maka hidup akan jadi terkandas. Adakah anda rasa ada lagi pemain-pemain lain yang berdepan dengan masalah kehidupan selepas bersara? Tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Pengurus Bola Sepak Terhebat Yang Tak Pernah Bermain Bola Sepak Secara Profesional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *