5 Pelakon Hong Kong Yang Buat Anda Kenal Apa Itu Kung Fu

Apabila kita membicarakan tentang filem-filem Hong Kong, pastinya kita tidak dapat mengelak untuk mengatakan tentang seni kung fu yang cukup sinonim dalam filem-filem Hong Kong ini.

Seni mempertahankan diri kung fu ini kerap kali digunakan di dalam filem-filem Hong Kong untuk dijadikan daya penarik di samping menjadi peluang untuk mempromosikan seni mempertahankan diri yang berasal dari negara China ini kepada orang luar.

Namun begitu, seni kung fu ini mungkin tidak akan berjaya jika tiada pelakon-pelakon yang dapat menunjukkan aksi kung fu dengan baik di dalam filem-filem Hong Kong ini. Kehadiran mereka dalam setiap filem-filem yang ada seni kung fu sememangnya banyak membantu menjadikan filem-filem Hong Kong menjadi lebih menarik dan berjaya.

Oleh itu, untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan 5 pelakon Hong Kong yang telah menyebabkan kita kenal dengan seni kung fu ini. Jom kita sama-sama lihat siapakah mereka berlima ini.

kung fu

Kredit foto: Biography

#1. Bruce Lee

Bruce Lee dilahirkan pada 27 November 1940 di Amerika Syarikat. Namun begitu, beliau telah mencipta nama sebagai pelakon di Hong Kong terlebih dahulu sebelum ke Amerika Syarikat semula. Selain daripada bergelar berlakon, beliau juga adalah orang yang telah memperkenalkan seni mempertahankan diri yang bernama ‘Jeet Kune Do’.

Antara filem-filem lakonan Bruce Lee yang telah membantu mempromosikan seni kung fu adalah seperti ‘The Big Boss’, ‘Fist of Fury’ dan ‘Enter The Dragon’. Bruce Lee turut dipuji kerana membantu menukar cara penampilan pelakon-pelakon Asia di dalam filem-filem keluaran Amerika Syarikat sebelum ini sering diberi watak untuk diperbodohkan oleh pelakon-pelakon Amerika.

Baca lagi: 5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu

ads-pomade_updated

Kredit foto: blog.awma.com

Kredit foto: blog.awma.com

#2. Jackie Chan

Jackie Chan adalah seorang ahli seni bela diri, pelakon, pengarah, penerbit, stuntman dan juga seorang penyanyi. Beliau dilahirkan pada tahun 1954 dan mendapat pendidikan awal dalam seni kung fu di ‘China Drama Academy’. Jackie Chan juga sudah mula berlakon semasa umurnya 5 tahun.

Filem yang telah membantu menaikkan nama Jackie Chan sebagai pelakon dan pengamal kung fu ialah ‘Snake in the Eagle’s Shadow’. Dalam filem tahun 1978 ini, pengarah filem telah membenarkan Jackie Chan mengubahsuai sendiri segala gerakan seni kung fu beliau yang akhirnya telah mewujudkan genre seni kung fu komedi dan memberi nafas baru dalam filem-filem aksi Hong Kong.

Kredit foto: Brothersoft

Kredit foto: Brothersoft

#3. Jet Li

Li Lianjie adalah nama asal Jet Li dan beliau telah dilahirkan pada 26 April 1963. Sebelum bergelar pelakon, Jet Li adalah juara remaja dalam pertandingan wushu kebangsaan di China. Jet Li mendapat gelaran nama ‘Jet Li’ pada tahun 1982 di Filipina apabila sebuah syarikat promosi di sana merasakan nama sebenar Jet Li adalah sukar disebut.

Filem pertama Jet Li ialah ‘Shaolin Temple’ di mana beliau memegang watak utama. Melalui filem ini, ia telah memberi peluang kepada Jet Li untuk menunjukkan aksi kung fu nya. Namun begitu, filem yang membantu menaikkan nama beliau dan juga seni kung fu nya ialah filem ‘Once Upon a Time In China’ di mana Jet Li memegang watak hero yang bernama Wong Fei Hung. Jet Li juga turut popular di Hollywood dan beliau pernah berlakon bersama Sylvester Stallone dalam filem ‘Expendables’.

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Martial Arts Video

Kredit foto: Martial Arts Video

#4. Sammo Hung

Apa yang menarik tentang Sammo Hung berbanding pelakon-pelakon lain ialah, beliau mempunyai saiz badan yang agak gempal tetapi mampu untuk bergerak lincah dan boleh membuat gerakan akrobatik dengan sempurna walaupun bertubuh besar. Ini menunjukkan bahawa Sammo Hung sangat unik berbanding pelakon lain yang memiliki badan yang agak tegap.

Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1952 ini pernah mendapat pendidikan awal dalam seni kung fu di tempat yang sama dengan Jackie Chan iaitu di ‘China Drama Academy’. Filem pertama Sammo Hung sebagai pelakon utama adalah di dalam filem ‘Shaolin Plot’ yang ditayangkan pada tahun 1977.

Aksi kung fu Sammo Hung turut menarik perhatian penerbit Amerika Syarikat dan menyebabkan beliau dilamar untuk berlakon dalam drama ‘Martial Law’ pada tahun 1998.

Kredit foto: Martial Arts Movie Junkie

Kredit foto: Martial Arts Movie Junkie

#5. Donnie Yen

Donnie telah dilahirkan pada tahun 1963 dan mula mendapat pendidikan awal dalam seni bela diri daripada ibunya sendiri yang mengajar kepadanya seni ‘tai chi’. Selain mempunyai seni kung fu, Donnie Yen turut mempelajari seni bela diri yang lain seperti, taekwando, muay thai, jiu jutsu dan juga judo. Pertama kali beliau memegang watak utama adalah di dalam filem ‘Drunken Tai Chi’ pada tahun 1984.

Donnie Yen telah dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mempopularkan semula seni kung fu aliran ‘Wing Chun’ apabila lakonan beliau sebagai ‘Master Yip’ dalam filem Ip Man mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Ia menyebabkan ramai orang mahu mempelajari seni kung fu aliran ‘Wing Chun’ dan banyak sekolah mempertahankan diri aliran ini telah ditubuhkan di China dan di tempat-tempat lain di benua Asia.

Jadi, inilah dia barisan 5 pelakon yang menyebabkan kita mengenali seni kung fu ini. Namun begitu, jika anda rasakan ada pelakon-pelakon lain yang menyebabkan anda kenal dengan seni kung fu ini, jangan segan-segan untuk tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Cerita Superhero Bertopeng Yang Buat Kanak-kanak 90an Sanggup Ponteng Sekolah

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *