5 Nasihat Untuk Anda Yang Ingin Menjadi Viner Seperti Raja Viner – King Bach

King Bach atau nama sebenarnya Andrew B. Bachelor adalah seorang viner yang sangat popular di media sosial. Setiap video vine yang dihasilkan beliau adalah bertemakan komedi. King Bach juga adalah viner yang mempunyai paling banyak pengikut di media sosial sama ada di Instagram, Twitter dan Vine di mana jumlah pengikutnya melebihi 10 juta orang.

Bagi sesiapa yang ingin menjadi terkenal seperti King Bach dengan menjadi viner, ini adalah 5 nasihat daripada beliau.

viner

Kredit foto: Variety

Bukan Kerja Mudah

Untuk menjadi viner yang popular dan berjaya, ia memerlukan masa dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Seperti King Bach, beliau sebenarnya ingin menjadi bintang filem, jadi beliau telah mengikut kelas-kelas lakonan untuk mencapai cita-citanya. Selain itu, beliau juga sentiasa berlatih untuk menampilkan aksi-aksi komedi yang berjaya mencuit hati penonton. Di samping itu, beliau sentiasa membuat ‘sketch’ untuk memastikan video vine yang dihasilkannya dalam keadaan teratur.

Kredit foto: Tubefilter

Cipta Peluang Sendiri

King Bach berpesan, kita tidak boleh berharap pada orang lain agar mereka dapat melihat bakat kita. Jadi, kita sendiri yang perlu berusaha untuk memastikan orang lain dapat lihat dan sedar tentang bakat yang kita ada. Oleh itu, perkara pertama yang kita harus lakukan ialah muatnaik sahaja video kita di media sosial tanpa mempedulikan apa kata orang kerana di akhirnya, dan suatu masa nanti orang akan mula menyedari bakat kita.

Baca lagi: Daripada Penjual Hot Dog ke Bintang Youtube: Inilah Kisah Kejayaan PewDiePie

Kredit foto: BuzzFeed

Biasakan Diri Dengan Perubahan

Di zaman serba canggih ini perubahan sering berlaku dan ia terjadi dengan sangat pantas. Ada ketika, kita mungkin sudah selesa dengan satu platform dan tiba-tiba kehadiran platform lain menyebabkan kita rasa terganggu sedangkan ia memberi hasil yang lebih baik. Pada ketika ini, kita jangan berhenti, tetapi kita cuba berubah ke platform yang baru dan dalam masa yang sama cuba sesuaikan diri kerana orang-orang sekeliling sudah mula berubah jadi, kita perlu ikut sama.

King Bach sendiri bermula dengan Youtube tetapi kini sudah berubah ke Vine dan Instagram.

Kredit foto: Youtube

Video Vine Boleh Dijadikan Karier

Menurut King Bach, beliau dapat menjana pendapatan daripada video vine yang dihasilkannya apabila beberapa syarikat menghubunginya untuk meletakkan produk-produk mereka di dalam video King Bach. Tetapi, apabila King Bach memperkenalkan produk syarikat-syarikat ini, beliau akan pastikan video-videonya tidak kelihatan seperti iklan kerana ia akan menyebabkan pengikut-pengikutnya berasa bosan.

Kredit foto: xOneCole

…Tetapi Ia Perlukan Pengikut Yang Ramai

Walaupun menghasilkan video vine boleh membina karier, tetapi ia tetap memerlukan pengikut yang ramai. Menurut King Bach, beliau mula mendapat tawaran daripada syarikat-syarikat berjenama apabila jumlah pengikutnya sudah mencecah 3 juta orang. Katanya juga, beliau dibayar antara 30,000 USD sehingga 60,000 USD untuk meletakkan satu produk di dalam videonya.

Jadi, itulah beberapa nasihat yang diberikan oleh King Bach untuk sesiapa yang mahu menjadi viner sepertinya. Jika anda sudah berminat untuk menjadi viner, maka inilah masanya untuk anda mulakan karier anda sebagai seorang viner.

Baca lagi: Inilah Dadah Yang Menjadikan Pemain eSports Lebih Power

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.