5 Motosikal Yang Sesuai Untuk Lelaki Berjambang

Bagi lelaki yang mempunyai jambang dan gemar menunggang motosikal, pemilihan motosikal haruslah sesuai dengan karakter anda sebagai lelaki berjambang. Andainya tersalah buat pilihan, kemungkinan besar jambang anda akan menyebabkan kesusahan semasa menunggang motosikal.

Secara umumnya, kebanyakan mereka yang memiliki jambang dan suka menunggang ini, mereka suka menunggang secara santai. Maksudnya, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kelajuan motor hanya berada pada tahap yang sesuai dan seronok ditunggang.

Oleh itu, anda harus tahu motosikal jenis bagaimanakah yang mampu memberikan anda faedah seperti yang disebutkan di atas. Bagi kami, untuk lelaki berjambang, motosikal jenis ‘cruiser’ boleh dikatakan paling sesuai dan menepati ciri-ciri di atas.

Jadi, dalam artikel ini, kami telah menyediakan 5 motosikal jenis ‘cruiser’ yang patut anda miliki andainya anda adalah seorang lelaki berjambang yang gemar menunggang motosikal.

motosikal

Kredit foto: autoevolution.com

Harley Davidson Softail Slim

Motor ini boleh dikatakan sebagai motor jenama Harley Davidson yang agak murah. Walaubagaimanapun, ia masih mengekalkan kualiti terbaik yang Harley Davidson sentiasa tawarkan dengan harga yang rendah.

Motor ini membawa gaya ‘old-school’ yang berpadanan dan bersesuaian dalam zaman moden ini. Ia tidak nampak pelik walaupun retro dan menyebabkan penunggang suka menunggangnya.

Selain daripada itu, rekaan motor ini dilihat mampu memberi keselesaan kepada penunggangnya dan ini sememangnya penting apabila ingin menunggang jarak jauh. Dilengkapi dengan enjin V-Twin yang merupakan enjin ikonik Harley Davidson, pastinya memberi kepuasan berpanjangan apabila menunggangnya.

motosikal

Kredit foto: topspeed.com

2016 Star Bolt C-Spec

Motor jenis cruiser keluaran Yamaha ini dihasilkan untuk menjadi pesaing kepada motor-motor cruiser keluaran Harley Davidson. Berbanding dengan harga motor Harley Davidson, harga motor cruiser keluaran Yamaha ini adalah lebih murah.

Dihasilkan dengan menampilkan elemen yang lebih athletic di samping mengekalkan ciri-ciri retro agar nampak lebih bergaya sama ada pada motor ataupun penunggangnya.

Star Bolt C-Spec ini menggunakan enjin V-Twin yang berkapasiti 942cc. Walaupun motor ini agak berat (245kg), tetapi ia masih dikategorikan sebagai motor yang ‘sedap’ ditunggang dan ini juga dibantu oleh suspension motor yang memudahkan penunggang membuat cornering.

motosikal

Kredit foto: topspeed.com

2016 Yamaha SR-400

Walaupun motor ini kelihatan sangat retro, tetapi teknologi yang ada pada motor ini semuanya adalah teknologi terkini dan moden. Hanya bentuk badan yang old-school, tetapi dalamannya semua high-tech.

Motor jenis ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970 lagi. Kini, Yamaha membawanya masuk semula ke dalam pasaran. Motor ini dilengkapi dengan enjin berkapasiti 400cc dan antara ciri retro yang dikekalkan pada motor ini ialah motor ini perlu dihidupkan menggunakan kick-start.

Yamaha SR-400 bukanlah direka untuk kelajuan, tetapi sesuai untuk mereka yang ingin menunggang secara santai. Menunggang motor ini dengan kelajuan yang sesuai, pasti memberi kepuasan disamping menghargai rekabentuk antik motor ini.

Baca lagi: Model Jelita Ini Beri 10 Sebab Mengapa Lelaki Perlu Menunggang Motosikal

motosikal

Kredit foto: lanesplitter.jalopnik.com

2016 Triumph Street Twin

Triumph Street Twin adalah motor klasik dari Britain yang telah diberi sentuhan moden agar motor ini dilihat sebagai masih relevan untuk ditunggang pada era moden masa kini. Motor ini telah ditambah baik dari segi kuasa enjin dan juga chasis.

Motor ini mempunyai kapasiti enjin 900cc dan dilengkapi dengan transmisi 5 kelajuan. Walaupun luarannya kelihatan old-school motor ini turut dilengkapi dengan teknologi canggih di mana pada motor ini terdapat port USB untuk mengecas yang terletak di bawah tempat duduk.

Motor klasik yang datang dari tahun 1960 ini sememangnya akan memberi rasa yang berbeza apabila menunggangnya kerana ia adalah sebuah motor lama yang memang terkenal dengan tunggangan yang santai tetapi mempunyai kuasa yang cukup hebat.

motosikal

Kredit foto: motorcyclistonline.com

Honda Shadow Phantom

Motor jenis cruiser keluaran Honda ini kelihatan lebih rugged berbanding model-model sebelum ini. Motor ini sememangnya sesuai untuk sesiapa saja yang mahukan perasaan easy ride tetapi dalam masa yang sama bangga kerana memiliki motor yang hebat.

Enjin V-Twin yang ada pada motor ini mempunyai kapasiti 750cc dan kuasa kuda motor ini pula mencecah 40.5. Reka bentuk motor ini juga memberi keselesaan kepada penunggang kerana jarak antara tempat duduk dan handle motor tidak terlalu jauh di mana penunggang tidak akan rasa letih apabila menunggang dalam jangkamasa yang lama.

motosikal

Kredit foto: imgur.com

Motor-motor ini dipilih oleh kami sebagai motor yang sesuai untuk lelaki yang berjambang kerana motor ini bukan dibina untuk kelajuan. Ini kerana, motor yang dibawa dengan laju sebenarnya akan menyebabkan ketidakselesaan kepada lelaki yang berjambang.

Melalui pemerhatian kami, terdapat beberapa lelaki berjambang yang menyatakan mereka berdepan masalah apabila membawa motor yang laju seperti sportbike. Ada yang mengatakan jambang mereka akan terangkat sewaktu motor dibawa laju dan mengganggu tunggangan.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa, menaiki sportbike memerlukan mereka memakai topi keledar full-face yang sebenarnya boleh menyebabkan jambang mereka rosak kerana bulu-bulu jambang akan melekat pada topi keledar.

Sebab itulah, 5 motor ini kami sarankan kepada lelaki berjambang di luar sana kerana motor cruiser ini adalah untuk dibawa secara easy ride atau tunggangan santai. Tak perlu pakai topi keledar full-face kerana motor tidak perlu dibawa laju seperti sportbike. Cukuplah dengan open face helmet yang lebih sesuai untuk tunggangan santai.

Andainya anda mempunyai cadangan dan pendapat tentang motor yang anda rasakan lebih sesuai untuk lelaki berjambang, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda dalam ruangan di bawah ya.

Baca lagi: 5 Motor Kapcai Yang Pernah Mengaum Di Jalanraya Suatu Ketika Dahulu

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.