5 Misai Tokoh-Tokoh Bola Sepak Yang Kekal Diingati

Misai boleh dikatakan sebagai aset bagi sesetengah tokoh-tokoh bola sepak dunia. Ia boleh menjadi trademark yang menyebabkan orang ramai dapat mengenali mereka. Oleh itu, pada hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 tokoh bola sepak dunia yang mempunyai misai yang masih diingati hingga kini.

Kredit foto: Pinterest

Ronald Spelbos

Pemain yang dilahirkan pada tahun 1954 ini adalah pemain bola sepak yang pernah bermain untuk kelab AZ Alkmaar, Club Brugge dan juga Ajax Amsterdam. Ronald berasal dari Belanda dan pernah mewakili pasukan kebangsaan Belanda dan telah mendapat 21 caps. Selain diingati kerana kehebatannya di atas padang, Ronald turut diingati kerana memiliki misai yang seakan-akan tidak mahu berhenti untuk terus tumbuh. Kalau tak bercukur, mau penuh satu muka ni.

Kredit foto: West Ham United

Charlie Paynter

Charlie diingati kerana telah menjadi salah seorang pengurus yang paling lama mengendalikan West Ham United iaitu selama 18 tahun. Beliau telah dilantik sebagai pengurus WHU sejak tahun 1932 sehingga 1950. Beliau pernah bermain bola secara profesional hanya untuk seketika sahaja sebelum kecederaan lutut menyebabkan beliau perlu bersara.

Charlie juga diingati kerana mempunyai misai yang tebal di tengah tetapi halus, lurus dan tajam di hujungnya. Boleh berlubang muka jika tercucuk.

Baca lagi: 12 Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Jambang Yang Super Cool

Kredit foto: talkSPORT

Chris Kamara

Chris Kamara pernah bermain untuk beberapa kelab seperti Portsmouth, Sheffield United dan juga Leeds United. Beliau telah bermain bola sepak secara profesional sejak tahun 1974 dan mengakhiri kariernya pada tahun 2012. Ini bermakna, Chris sudah menabur bakti sebagai pemain bola sepak selama 38 tahun.

Chris turut diingati kerana sentiasa konsisten dengan imej misai nipisnya yang dilihat seperti dilukis dengan pensel. Sehingga kini, sebagai football analyst di Sky Sports, Chris masih mengekalkan imej misai nipisnya itu.

Kredit foto: Celebrity Radio

David Seaman

Pemain bola sepak ini turut disenaraikan sebagai salah seorang pemain lagenda di kelab terkemuka England iaitu Arsenal. David sudah beraksi sebanyak 405 kali sepanjang mewakili Arsenal. Beliau sudah bermain dengan kelab ini sejak tahun 1990. Selain itu, David juga telah mewakili England dan mendapat 75 caps. Ini menjadikan beliau penjaga gol England kedua yang paling banyak mendapat cap selepas Peter Shilton.

Misai sudah menjadi trademark buat David Seaman. Orang tidak akan dapat mengenalinya jika ketiadaan misai di wajahnya. Namun kini, David telah tampil dengan imej tanpa misai, mungkin untuk mengelakkan daripada menjadi perhatian orang ramai.

misai

Kredit foto: Sporquo

Vicente Del Bosque

Pengurus pasukan kebangsaan Sepanyol ini akan diingati sampai bila-bila di Sepanyol kerana menjadi pengurus pertama yang membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia pada tahun 2010. Dua tahun sebelum itu, Vicente telah membawa Sepanyol memenangi Piala Eropah setelah mengalahkan Jerman dengan keputusan 1-0. Kejayaan ini telah menyebab Vicente merangkul beberapa anugerah peribadi seperti Pengurus Terbaik Dunia 2012 dan Jurulatih Terbaik Dunia FIFA 2012.

Di samping itu, Vicente yang sentiasa membawa imej bermisai tebal pastinya membantu semua orang untuk mengingati wajahnya. Selain itu, misainya itu pasti membantu beliau untuk membawa watak yang serius apabila mengendalikan anak buahnya semasa latihan dijalankan.

Anda rasa, ada lagi tak tokoh-tokoh bola sepak dengan misai yang lebih power?

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuknya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *