5 Misai Terbaik Di Dalam Filem

Bagi yang suka membela misai, di sini kami ingin berkongsi dengan anda 5 misai terbaik di dalam filem yang boleh anda contohi dan ikuti. Manalah tahu dengan mengikut stail misai berdasarkan watak-watak dalam filem ini dapat membawa kelainan pada wajah anda contohnya seperti kelihatan lebih garang, bijak ataupun lebih kacak. Oklah, tanpa membuang masa, jom kita lihat 5 misai terbaik di dalam filem ini.

Kredit foto: Soshable.com

Daniel Day Lewis – Gangs of New York

Dalam filem ini, Daniel Day Lewis membawa watak sebagai Bill The Butcher, iaitu watak seorang lelaki jahat. Selain daripada lakonan jahatnya yang diingati itu, ramai orang pasti terkenangkan fesyen misainya yang menarik itu yang dipanggil sebagai The Handlebar. Misainya itu sememangnya telah menambah persona dalam watak jahat yang dibawa oleh Daniel Day Lewis dalam filem Gangs of New York ini.

Misai Terbaik Di Dalam Filem

Kredit foto: Barbershop Forums

Ben Stiller – Dodgeball

Dalam filem ini Ben Stiller membawa watak seorang lelaki jahat yang suka mengutuk dan mengejek orang gemuk yang mahu kuruskan badan. Di samping wataknya yang menjengkelkan itu, misainya turut menjadi perhatian dalam filem Dodgeball. Fesyen misai bernama The Gunslinger yang dibawa oleh Ben Stiller seakan-akan masuk dan sesuai dengan watak jahatnya dalam filem ini.

Baca lagi: 5 Tip Melebatkan Jambang Untuk Newbie

Kredit foto: CinemaBlend

Samuel L. Jackson – Pulp Fiction

Pulp Fiction adalah sebuah filem bertaraf blockbuster apabila ia mendapat sambutan hangat para penonton sewaktu ditayangkan pada tahun 1994. Dalam filem ini, Samuel L. Jackson memegang watak sebagai pembunuh upahan yang bernama Jules Winnfield. Selain daripada filem ini yang bertaraf blockbuster, fesyen misai yang digunapakai oleh Samuel L. Jackson masih lagi diingati sehingga kini sampaikan ia diberi nama The Jules.

Kredit foto: The New York Times

Matt Damon – The Informant

Filem ini menggunakan tema skandal pengaturan harga secara haram untuk mendapatkan keuntungan lumayan dan ia disampaikan dalam bentuk komedi dan seterusnya membantu filem ini mencapai taraf blockbuster. Matt Damon yang memegang watak utama sebagai Mark Whitacre berjaya membawa wataknya dengan baik. Selain itu, fesyen misainya di dalam filem ini telah menjadi ikutan orang ramai untuk menirunya. Stail misai yang dibawakan oleh Matt Damon ini dipanggil sebagai The 90s.

Kredit foto: YouTube

Sam Elliot – The Big Lebowski

Walaupun Sam Elliot hanya muncul beberapa kali di dalam filem ini, wajahnya tetap diingati disebabkan oleh misainya yang unik itu. Sam Lebowski memegang watak sebagai The Stranger dan merupakan pencerita dalam filem berkisarkan tentang jenayah yang disampaikan dalam bentuk komedi. Stail misai bernama The Walrus yang dimiliki oleh Sam Elliot dalam filem ini telah menampakkan beliau sebagai seorang yang biijaksana tetapi dalam masa yang sama kesunyian dan kesedihan.

Jadi, antara misai-misai yang disebutkan di atas, ada tak yang anda berkenan nak buat?

Baca lagi: 4 Kesilapan Penjagaan Jambang Yang Sering Dilakukan Oleh Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.