5 Lokasi Murah Dan Menarik Untuk Backpackers

Backpacking kini merupakan hobi yang sedang menjadi fenomena. Semakin ramai orang yang gemar untuk melakukan aktiviti ini. Backpacking membolehkan anda mengembara ke negara-negara lain pada kos yang sangat murah.

Pada kali ini, kami di Mensive ingin mengesyorkan 5 lokasi murah dan menarik untuk backpackers. Lokasi-lokasi yang disebutkan ini adalah sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet terhad untuk melakukan aktiviti ini. Mari kita lihat di mana 5 lokasi yang boleh menawarkan harga murah kepada anda untuk aktiviti backpacking.

5 lokasi murah dan menarik untuk backpackers

Kredit foto: www.forbes.com

1. Nepal

Nepal sememangnya lokasi yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang sangat terhad. Walaupun murah, Nepal mampu memberikan keseronokan kepada anda sebagai backpacker. Walaupun pernah dilanda gempa bumi pada tahun 2015, pihak kerajaan Nepal telah mencantikkan infrastruktur untuk kemudahan para pelancong.

5 lokasi murah dan menarik untuk backpackers

Kredit foto: www.adpostkaro.com

2. Thailand

Negara yang kaya dengan senibina bangunan yang cukup unik dan menarik ini turut menjadi lokasi yang popular untuk backpackers yang mempunyai bajet yang kecil. Thailand juga turut memiliki makanan-makanan yang unik dan menarik serta mempunyai pulau-pulau yang rare tetapi sangat cantik.

5 lokasi murah dan menarik untuk backpackers

Kredit foto: www.godiscoverabroad.com

3. India

Di India, untuk memastikan anda mengikut bajet yang murah, apabila menginap, janganlah expect untuk mendapat kemudahan yang selesa. Lupakan water heater ataupun air-cond anda. Bersyukur saja dengan apa yang ada. Tetapi, India menawarkan begitu banyak tempat menarik yang mampu memberikan 1001 pengalaman baru kepada anda.

5 lokasi murah dan menarik untuk backpackers

Kredit foto: blog.dynamiclives.com

4. Sri Lanka

Negara ini turut menjadi kegemaran backpackers yang mahukan kos murah semasa mengembara. Mempunyai persamaan seperti India. Walaubagaimanapun, perlu sedikit berhati-hati apabila melakukan aktiviti backpacking di sini kerana ada sesetengah pihak akan cuba mengambil kesempatan terhadap para pelancong.

5 lokasi murah dan menarik untuk backpackers

Kredit foto: www.funsumatra.com

5. Indonesia

Dengan bajet yang rendah, Indonesia juga adalah lokasi mampu-pergi untuk backpackers. Indonesia mempunyai banyak kepulauan yang menarik untuk dilawati. Backpackers mungkin boleh bermula dengan melawat Sumatera. Cuma, jika anda ingin melawat pulau-pulau, harganya mungkin sedikit tinggi.

Semoga dengan perkongsian 5 lokasi murah dan menarik untuk backpackers ini dapat memberi idea kepada anda tentang negara manakah yang patut anda mulakan untuk aktiviti backpacking ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang mungkin berminat untuk memulakan aktiviti backpacking ini.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.