5 Lokasi Makan Malam Yang Memang Romantik Giler!

Selalunya kalau malam minggu, pasangan kekasih dan yang baru berkahwin akan memilih untuk makan malam di luar sambal menikmati suasana yang romantik bersama pasangan.

Terpulang kepada individu, ada yang lebih suka dengan suasana yang dekat dengan alam semulajadi dan ada juga yang memilih untuk menikmati pemandangan kota metropolitan yang elegan dan menarik untuk dinikmati pada waktu malam.

Sekali sekala apa salahnya kan? Ala..bukannya selalu pun korang dapat berdua-duaan macam ni kan?

Gambarhiasan: Official Site

1. Tamarind Hill Kuala Lumpur

Gabungan elemen Burma dan Thailand yang disatukan dalam satu seni rekaan yang kreatif menghidupkan suasana romantik buat pasangan yang sedang bercinta. Dengan menu-menu menarik berasaskan bahan terbaik dari dua negara tersebut, citarasa Asia yang cukup sempurna pasti akan membangkitkan deria rasa mereka yang sedang bercinta.

Gambar hiasan: LocatedAt

2. Gobo Upstairs Lounge & Grill

Pemandangan yang cukup indah buat pasangan bercinta yang inginkan suasana kota, Gobo adalah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi. Buat mereka yang pertama kali berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk merasai servis dan layanan restoran ini yang direkomenkan oleh orang ramai kerana sangat bagus.

Gambar hiasan: Official Site

3. Café Café

Kalau pertama kali menjejakkan kaki ke lokasi ini, korang akan berasa seperti dalam alam cerita dongeng. Kalau anda biasa dengan cerita Inggeris seperti ‘Sense & Sensibility’ pasti anda dapat merasakan suasana tersebut sebaik sahaja anda berada di dalam restoran ini. Rekaan seni rias ala Inggeris yang cukup elegan menyerlahkan lagi elemen cinta di dalamnya.

Gambar hiasan: Asia Direct

4. Villa Danieli

Telenovela sudah menjadi kegilaan di Malaysia semenjak dari tahun 2000 dan ia terus diabadikan melalui rekaan dalaman di Villa Danieli, restoran mewah yang diinspirasikan dari elemen Latin dan Sepanyol. Daripada hiasan dalaman hingga ke bahan-bahan yang digunakan di dalam restoran tersebut segalanya bercirikan Amerika Latin.

Gambar hiasan: Venuescape

5. Ciao Ristorante

Mempunyai ciri-ciri rekaan Latin juga pada setiap sudut di dalam restoran tersebut. Selain itu elemen Italy dan Greece yang agak berat juga boleh dilihat pada seni hiasan dalamannya seperti potret ikan duyung yang tergantung pada dinding utama restoran tersebut. Jika pasangan anda penggemar Pizza dan kek tiramisu, bolehlah meluangkan masa untuk berkunjung ke sini.

Baca lagi: Melatah Di Kalangan Remaja Dan Orang Muda

1 Comment

  1. Miu Sanae

    April 27, 2017 at 1:04 PM

    Pernah mampir ke cafe cafe enak tempatnya nyaman, dapet wifi juga hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *