5 Lagu Yang Patut Anda Dengar Untuk Menjadi Lebih Bermotivasi dan Bersemangat

Pernah tak anda melalui satu-satu hari di mana anda rasa sangat tak bersemangat? Anda rasakan seperti semua benda yang anda buat semuanya tak menjadi dan akhirnya anda mula hilang semangat dan kecewa dengan apa yang sedang menimpa diri anda.

Jika anda pernah merasa sedemikian rupa, ingin sekali kami berkongsi dengan anda salah satu cara terapi diri untuk memberi anda motivasi dan juga menaikkan semula semangat anda agar tidak mengalah dan tidak cepat berputus asa.

Mendengar muzik sebenarnya boleh memberikan ketenangan dan juga membantu dalam memotivasikan diri anda. Tetapi, harus diingat, lagu yang patut anda dengar itu mestilah memberi impak yang positif.

Oleh itu, untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 lagu yang patut anda dengar sekiranya anda berada dalam keadaan stres, murung dan juga tidak bersemangat.

lagu yang patut anda dengar

Eye of The Tiger – Survivor

Lagu ini ditulis oleh dua anggota kumpulan Survivor iaitu Jim Peterik dan Frankie Sullivan untuk filem “Rocky III” yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone. Untuk makluman, kumpulan Survivor telah dipilih sendiri oleh Sylvester Stallone untuk menyanyikan lagu tema bagi filem ini.

Menurut Jim Peterik, lagu ini sebenarnya mahu menunjukkan bahawa dalam dunia ini, dalam semua bidang yang kita ceburi akan berdepan dengan cabaran dan persaingan yang sangat hebat.

Tetapi, untuk menjadi hebat dalam bidang yang kita ceburi, kita harus berusaha keras tanpa mengenal erti putus asa dan itulah yang mahu disampaikan oleh Jim Peterik dan Frankie Sullivan dalam lagu ini.

Baca lagi: 5 Lagu Yang Menjadikan 5 Artis Ini Mendapatkan Kejayaan Ekspress Di Era 2000

ads-beard-oil

lagu yang memberi motivas

Kredit foto: Journey Band Wiki

Don’t Stop Believin – Journey

Tiga orang anggota dari kumpulan Journey telah terlibat secara langsung dengan pembikinan lagu ini iaitu Steve Perry, Jonathan Cain dan Neal Schon. Menurut kumpulan ini, lagu ini terhasil secara tiba-tiba semasa mereka sedang membuat rehearsal di Oakland.

Menurut Steve Perry, beliau mendapat ilham menulis lagu ini apabila beliau sukar untuk tidur semasa mengikuti persembahan di Detroit. Pada ketika itu, beliau yang tidak dapat tidur melihat ke luar tingkap dan melihat orang ramai berjalan keluar dari kawasan gelap dan melalui kawasan berlampu yang menerangi mereka. Disebabkan hal inilah beliau mendapat ayat untuk lirik lagu ini iaitu “Streetlight people…”.

Semasa ditemuramah oleh sebuah stesen radio di UK pada tahun 2010, Steve Perry mengatakan lagu ini ditujukan khas kepada sesiapa sahaja di luar sana yang sedang hidup terbeban dengan keadaan emosi yang tak stabil dan masalah yang membebankan. Ini kerana, secara peribadi, Perry sendiri merasakan lagu ini telah membantu beliau untuk bangkit semula dan berani berdepan semua masalah yang dihadapinya.

lagu yang memberi motivas

Kredit foto: independent.ie

Beautiful Day – U2

Penghasilan lagu ini boleh dikatakan terjadi secara spontan. Pada tahun 1999, pada ketika itu kumpulan U2 sedang bekerja seperti biasa. Setelah kepenatan akibat seharian bekerja, vokalis utama U2 iaitu Bono mendepakan tangannya lalu menjerit, “It’s a beautiful day!” Dari situ, mereka mendapat ilham untuk mencipta lagu ini.

Menurut Bono, lagu ini adalah berkisarkan tentang seorang lelaki (mungkin juga seorang perempuan) yang telah kehilangan segala-galanya dalam kehidupannya. Namun begitu, walaupun telah hilang segala yang dia miliki, dia masih mampu menemui kegembiraan dalam apa yang ada pada dirinya.

Lagu ini telah berjaya mendapat Grammy Award dan lagu ini juga telah digunakan oleh Barrack Obama dalam kempen politik beliau.

ads-pomade_updated

lagu yang memberi motivas

Kredit foto: Rolling Stone Australia

Walk – Foo Fighters

Lagu ini telah dilancarkan pada 6 Jun 2011 dan lagu ini ditulis sendiri oleh pengasas Foo Fighters iaitu Dave Grohl. Lagu ini telah dimuatkan dalam album ketujuh Foo Fighters yang bertajuk “Wasting Light”.

Menurut Dave Grohl, beliau mendapat ilham untuk membuat lagu ini apabila beliau cuba membantu anak sulungnya untuk belajar berjalan. Selain itu, lagu ini juga jelas menunjukkan pengaruh orang-orang tersayang dalam hidup Dave Grohl yang telah membantunya untuk bangkit semula setelah berdepan dengan pelbagai kegagalan dan kesusahan.

Selain itu, terdapat para peminat yang menganalisis lagu ini mengatakan bahawa lagu ini adalah tentang percaya kepada diri sendiri dan sentiasa menggunakan peluang yang ada untuk menjadikan diri sendiri lebih baik berbanding sebelum ini.

lagu yang memberi motivas

Kredit foto: Aftermath

Lose Yourself – Eminem

Eminem adalah pencipta lagu ini dan beliau juga adalah orang yang mengeluarkan lagu ini bersama dengan teman rapatnya iaitu Jeff Bass. Lagu ini telah menjadi lagu soundtrack untuk filem “8 Mile” di mana pelakon utamanya adalah Eminem sendiri.

Apa yang menarik tentang proses penghasilan lagu ini ialah, Eminem telah mencipta lagu ini di set penggambaran semasa beliau sedang berehat ketika menjalani penggambaran filem “8 Mile”. Beliau juga telah merekod lagu ini di set menggunakan portable studio di mana 3 verse lagu ini telah direkod di situ.

Antara lirik yang mempunyai kekuatan untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada para pendengar ialah, “You only get one shot, do not miss your chance to blow. This opportunity comes once in a lifetime yo.” Lirik ini membawa maksud jangan sia-siakan segala peluang yang kita ada kerana apa yang kita ada mungkin itu adalah yang terakhir dan tiada lagi akan datang selepas ini.

Inilah dia lagu yang patut anda dengar bila berada dalam keadaan yang murung dan tidak bersemangat. Kami berharap agar pilihan lagu kami ini benar-benar dapat membantu anda.

Adakah anda sendiri ada lagu yang memberi motivasi kepada diri sendiri? Jika lagu anda berbeza dengan pilihan kami, sila nyatakan lagu anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Band Yang Pernah Merwarnai Scene Underground Malaysia Era 90an

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *