5 Lagu Yang Dianggap Paling Seram Sekali Di Dunia

Lagu boleh menjadi suatu bentuk inspirasi kepada ramai orang malah adakalanya mampu untuk memberikan ketenangan kepada seseorang. Ada lagu yang datangnya dari luahan hati pencipta lagu ataupun penyanyinya.

Namun begitu terdapat juga lagu yang benar-benar ditakuti kerana dikatakan memiliki unsur-unsur mistik dan misteri yang menyelubunginya. Mungkin ramai antara anda yang tidak tahu tapi kita akan selongkarnya hari ini.

Berikut adalah lima lagu yang dikatakan mempunyai cerita tersendiri yang cukup menyeramkan.

Gambar hiasan: Kisah Asal Usul

1. Lingsir Wengi

Lagu ini hampir keseluruhan liriknya jika anda amati adalah berasal daripada bahasa Jawa. Walaupun tidak ramai yang mengetahui tentang makna keseluruhan lagu ini, didapati ia adalah lagu yang berkaitan dengan penyeruan makhluk halus yang digelar oleh orang Jawa sebagai Kuntilanak.

Gambar hiasan: Tabloid Khabar Filem

2. Nina Bobo

Lagu ini lebih ke arah kisah tragis namun masih lagi memiliki unsur-unsur mistik di dalam lagunya. Kononnya ada keluarga dari Belanda yang pada ketika itu menduduki Indonesia. Anak perempuan mereka dikhuatiri telah dirasuk oleh syaitan sehingga tidak sedarkan diri. Namun ketika kerasukan itui berakhir, kanak-kanak itu meminta ibunya menyanyikan lagu. Selesai ibunya bernyanyi, anak itu sudah meninggal dunia.

Gambar hiasan: Taringa

3. Asereje

Lagu yang agak popular suatu masa dahulu nyanyian Las Ketchup merupakan antara lagu yang paling pelik. Walaupun ia dikatakan berbahasa Latin namun kebanyakan rakyat Sepanyol gagal untuk menterjemahkan lagu ini. Ada yang mengatakan lagu ini adalah untuk menyeru Lucifer, syaitan yang popular dari kalangan Latin.

Gambar hiasan: Wiki Waka

4. Reverse

Lagu ini yang dinyanyikan oleh Karl Meyers ini dikatakan cukup menyeramkan masyarakat dunia kerana banyak hal yang aneh lebih kepada yang bersikap negatif terjadi sebaik sahaja mendengarkan lagu ini. Kesan mendengarkan lagu ini adala sangat besar kepada pendengarnya sehingga membawa kepada gila.

Gambar hiasan: youtube

5. Cindai

Ramai yang mengatakan lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza ini berunsurkan mistik walaupun jika dilihat pada bait-bait liriknya segalanya masih samar. Ada yang mendakwa mendengar lagu ini bagaikan disahut apabila mereka menyanyikannya seorang diri di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *