5 Lagu Raya Moden Dari Siti Nurhaliza Yang Tidak Jemu Diulang Dengar

Sudah dekat-dekat nak raya ni maka pelbagai lagu raya akan mulai berkumandang sebagai halwa telinga tidak kira samada di pejabat mahupun di sekolah. Ataupun diulang-ulang sekadar untuk menghibur hati yang lara.

Ramai yang menggemari lagu-lagu raya ciptaan Pak Ngah yang didendangkan oleh Dato Siti Nurhaliza kerana memiliki irama yang menggamit suasana beraya di perkampungan. Malah dikatakan lagu-lagu raya Dato Siti tidak melekakan.

Jom kita semak 5 lagu raya yang popular dari Dato Siti yang wajib kita dengar berkali-kali.

Gambar hiasan: SNP

Sesuci Lebaran

Lagu yang menggabungkan elemen zapin, ghazal dan dangdut yang rancak ini menceritakan tentang kemeriahan hari raya dan bersama membantu mereka yang tidak berdaya. Lagu ini turut menyelitkan elemen ketuhanan yang banyak diabaikan oleh kebanyakan lagu raya lain.

Gambar hiasan: SNP

Nazam Lebaran

Sebuah lagu karya yang memanfaatkan elemen ketuhanan di dalam sebuah lagu raya tanpa mencacatkan suasana raya itu sendiri. Padat dengan irama ghazal dan gamelan yang rancak serta alunan lunak Dato Siti berjaya menjadikan lagu raya ini sebuah lagu yang masih mampu untuk malar segar.

Gambar hiasan: SNP

Air Mata Syawal

Jika Sudirman terkenal dengan lagu rayanya yang menggamit rasa pilu, lagu ini pula tidak kurang hebatnya. Menitipkan rasa sayu dan sedih sepanjang alunan menyebabkan lagu ini berjaya menjadi salah sebuah lagu raya yang memilukan pada era 2000. Menggunakan gabungan balada moden dan muzik langgam asli, ciptaan Pak Ngah ini cukup unik hasilnya.

Gambar hiasan: SNP

Anugerah Aidilfitri

Jika inginkan irama rancak yang menceriakan suasana Aidilfitri anda, lagu ini cukup sesuai kerana walaupun bertemakan keinsafan ia masih lagi mengekalkan keceriaan suasana raya yang tersendiri. Menggunakan irama tradisional yang rancak dan lirik bermotifkan keinsafan ia memiliki keunikan yang tersendiri.

Gambar hiasan: SNP

Hari Kemenangan

Lagu raya yang baru sahaja dilancarkan tahun lepas memiliki pengikut yang tersendiri. Menggunakan irama tradisional dan gabungan nasyid yang ringan membolehkan ia segera memikat pendengaran pendengar setia. Lirik yang mudah dan senang dihadam membuatkan lagu ini mudah untuk diterima pelbagai lapisan usia.

Baca lagi: Jatuh Di Toilet, Phil Collins Batalkan Konsert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.