5 Lagu Paling ‘Power’ Dalam Francais Permainan Video FIFA

Permainan video FIFA telah mula dilancarkan pada tahun 1993. Sejak dari itu, FIFA telah menjadi permainan video kegilaan ramai, tanpa mengira usia, semuanya pasti akan teruja apabila bermain FIFA.

Selain daripada grafik dan memiliki gameplay yang menarik, pengeluar permainan video FIFA iaitu EA Sports turut memasukkan lagu-lagu yang menarik di dalam permainan video ini agar dapat meningkatkan rasa seronok dan teruja ketika bermain FIFA.

Untuk artikel kali ini, kami telah menyenaraikan 5 buah lagu yang paling power yang ada dalam francais permainan video FIFA ini. Sebenarnya, agak sukar untuk memilih lagu manakah akan tersenarai sebagai 5 lagu paling power kerana boleh dikatakan semua lagu dalam FIFA memang sedap-sedap belaka.

Namun begitu, kami telah memutuskan bahawa 5 lagu ini adalah antara yang paling power dan memang sedap didengar sampai bila-bila.

permainan video fifa

Kredit foto: vineyardarts.com

#5. Lagu ‘Waving Flag’ – 2010 FIFA World Cup South Africa

Lagu ‘Waving Flag’ dendangan penyanyi K’Naan sememangnya lagu yang cukup sesuai untuk permainan video 2010 FIFA World Cup South Africa ini. Dengan bunyi-bunyian yang kebanyakannya berasal dari Afrika, akan menyebabkan para pemain permainan video ini akan merasakan mereka sedang berada di Afrika dan bermain untuk menjulang Piala Dunia.

Kredit foto: discodemons.net

Kredit foto: discodemons.net

#4. Lagu ‘Jerk It Out’ – FIFA 2004

Lagu ini telah dinyanyikan oleh band yang bernama Caesars Palace. Lagu ‘Jerk It Out’ yang dinyanyikan oleh band yang berasal dari Sweden ini dipilih sebagai lagu yang power dek kerana bila didengar semasa tengah bermain permainan ini pun rasa macam nak main gitar dan mengetuk drum. Rentaknya sangat catchy!

Kredit foto: runthetrap.com

Kredit foto: runthetrap.com

#3. Lagu ’19 – 2000′ – FIFA 2002

“Bay do de bop… Get the cool… Get the cool shoeshine.” Inilah antara lirik yang ada dalam lagu ini dan mudah untuk di sing along ketika bermain FIFA. Lagu ini telah dinyanyikan oleh band Gorillaz. Apa yang uniknya tentang band ini ialah, mereka tidak pernah menampilkan diri sebagai manusia, tetapi mereka menunjukkan kewujudan mereka sebagai watak animasi.

Baca lagi: Isteri Tak Suka Anda Bermain Game? Ini Cara Untuk Atasinya

ads-pomade_updated

Kredit foto: hindustantimes.com

Kredit foto: hindustantimes.com

#2. Lagu ‘The Rockafeller Skank’ – FIFA 1999

Lagu ini telah dihasilkan oleh seorang DJ berbangsa Inggeris yang bernama DJ Fatboy Slim. Lagu ini menampilkan pelbagai jenis rentak menyebabkan bunyinya sangat catchy dan pumping. Kombinasi bunyi ini telah menyebabkan perasaan dan emosi pemain-pemain permainan FIFA ini akan menjadi teruja dan bersemangat untuk bermain.

Kredit foto: wired.com

Kredit foto: wired.com

#1. Lagu ‘Song 2’ – FIFA 1998

Rentak lagu ini bermula dengan perlahan dimana hanya bunyi rhythm guitar sahaja yang kedengaran dan disusuli dengan bunyi drum. Lama-kelamaan, lagu ini menjadi kuat dan disusuli suara vokalisnya menjerit. Stail lagu ini sememangnya menambah semangat para pemain untuk bermain. Rentak lagu ini ada turun naiknya dan itu menambahkan lagi keunikan lagu ini. Lagu ini dimainkan oleh band bernama Blur dan berasal dari England.

Jadi, inilah dia 5 lagu power daripada permainan video FIFA hasil pilihan kami sendiri. Anda pula bagaimana? Adakah anda ada pilihan yang berbeza? Jika ada, sila tinggalkan lagu pilihan anda di ruangan komen di bawah.

Baca lagi: 5 Sebab Kenapa Lelaki Suka Bermain Video Games Berjam-jam Lamanya

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.