5 Lagu Ini Menjadikan 5 Artis Ini Mendapat Kejayaan Ekspres Pada Era 2000

Baiklah, untuk kali ini kami nak kongsikan dengan anda 5 lagu yang paling hit dan pernah meletup pada era 2000. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan muzik ini juga telah menghuni tangga teratas dalam carta-carta muzik seluruh dunia.

Walaupun lagu-lagu ini telah berjaya mendapat tempat di hati para peminat, penyanyi dan juga kumpulan muzik yang mendendangkan lagu-lagu ini tidak berjaya bertahan lama dalam industri muzik.

Mereka hanya dikenali disebabkan kejayaan lagu-lagu ini sahaja. Selepas itu, kesemua artis ini telah mendiamkan diri dalam arena ini. Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama lihat 5 lagu yang dinyanyikan oleh 5 artis ini yang berjaya meletup dalam industri muzik antarabangsa.

artis

Kredit foto: fanpop.com

All The Things She Said: T.A.T.U (2002)

Kumpulan muzik yang menggelarkan diri mereka sebagai T.A.T.U ini menampilkan imej dan gaya wanita lesbian (satu contoh yang tidak baik) melalui lagu ini. Penampilan mereka menjadi bertambah kontroversi apabila mereka menggunakan kostum pelajar sekolah dalam video klip lagu “All The Things She Said”.

Lagu ini telah menembusi 30 buah negara dan menjadi fenomena di sana terutama sekali di negara T.A.T.U iaitu Rusia. Lagu ini akan menjadi lagu yang diingati disebabkan imej lesbian yang ditunjukkan dalam lagu video klip lagu ini.

artis

Kredit foto: es.tunes.zone

Wherever You Will Go: The Calling (2001)

Walaupun kumpulan muzik The Calling ini pernah bergabung semula pada tahun 2013, mereka masih belum mampu mungkin tidak akan dapat mencapai kejayaan yang hebat seperti mana yang mereka pernah kecapi melalui lagu mereka yang paling hit iaitu “Wherever You Will Go”.

Lagu single The Calling ini telah berjaya menguasai carta-carta muzik seluruh dunia pada tahun 2001. Namun begitu, kejayaan ini tidak berkekalan apabila album kedua mereka tidak mendapat sambutan hangat seperti lagu ini.

Baca lagi: 4 Band Ini Diarahkan Penganjur Untuk Menipu Tetapi Penganjur Pula Yang Ditipu

ads-pomade_updated

artis

Kredit foto: fan-lexikon.de

Lips Of An Angel: Hinder (2006)

Lagu “Lips of An Angel” ini sememangnya lagu yang memukau dan berjaya menarik perhatian para pendengar muzik. Disebabkan hal ini, lagu ini telah mendapat tempat teratas dalam carta Billboard US. Lirik lagu “Lips of An Angel” ini adalah tentang perjalanan hubungan sebuah cinta rahsia yang berjaya memikat para peminat Hinder.

Walaupun Hinder sering mendapat kritikan daripada beberapa golongan peminat muzik kerana menampilkan gaya kumpulan muzik rock yang ‘cheesy’, kumpulan muzik ini berjaya menempatkan nama mereka dalam ‘Oklahoma Music Hall of Fame’ disebabkan kejayaan mereka melalui lagu “Lips of An Angel” ini.

artis

Kredit foto; thesecondsingle.blogspot.com

Butterfly: Crazy Town (2000)

Lagu “Butterfly” yang dimainkan oleh kumpulan Crazy Town ini boleh dikatakan antara lagu yang paling hit di mana ramai orang mengagumi rentak muzik yang ditonjolkan dalam lagu ini. Ramai berkata bahawa kumpulan ini boleh bertahan lama andainya mereka mampu menampilkan muzik yang lebih keras dalam genre rap-rock mereka.

Lagu ini telah berjaya mendapat tempat pertama dalam carta di 15 buah negara dan ini menjadi bukti yang sahih bahawa lagu “Butterfly” ini sememangnya sebuah lagu yang sangat hit.

ads-beard-oil

artis

Kredit foto: ew.com

Who Let The Dogs Out: Baha Men (2000)

Baha Men berjaya menjadi popular dengan satu-satunya lagu yang menjadi hit dan dikenali ramai iaitu “Who Let The Dogs Out”. Lagu ini sebenarnya membawa maksud tentang lelaki yang tidak menghormati wanita.

Lagu ini telah menduduki tempat ketiga dalam carta lagu yang paling menjengkelkan mengikut senarai yang dibuat oleh laman web Rolling Stones. Selain daripada itu, ramai pendengar muzik juga yang mengatakan bahawa lagu ini adalah lagu yang paling teruk sepanjang zaman.

Namun begitu, walaupun menerima banyak kritikan, lagu ini mampu membuatkan ramai orang mengukir senyuman.

Anda bagaimana? Adakah anda mempunyai pendapat sendiri tentang perkara ini? Jika ada, jangan segan-segan untuk tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Band Yang Pernah Mewarnai Scene Underground Malaysia Era 90an

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *