5 Lagu Dari Indonesia Yang Berhantu

Muzik-muzik dari Indonesia sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia dari dulu hingga kini. Kita masih dapat menerima muzik-muzik dari Indonesia kerana tiada perbezaan besar dari segi citarasa antara dua negara ini.

Namun begitu, adakah anda tahu bahawa terdapat lagu-lagu dari Indonesia yang sebenarnya berhantu? Berhantu di sini bukanlah bermaksud digilai oleh ramai orang, tetapi berhantu kerana ada unsur-unsur mistik dan seram di sebalik lagu-lagu tersebut.

Jom kita baca 5 lagu dari Indonesia yang berhantu dalam artikel ini.

lagu dari indonesia

Kredit foto: plus.google.com

Ku Katakan Dengan Indah

Lagu ini dinyanyikan oleh band Peter Pan. Semasa merakamkan lagu ini, telah berlaku satu perkara misitk di mana ketika Ariel menyanyikan lirik lagu ini di bahagian “Kau hancurkan hatiku…”, kedengaran suara perempuan yang turut ikut menyanyi. Sebab itulah semasa konsert, Ariel tidak akan menyanyikan bahagian ini kerana suara perempuan misteri itu akan turut ikut menyanyi.

Baca lagi: 5 Lagu Yang Menjadikan 5 Artis Ini Mendapat Kejayaan Ekspres Di Era 2000

ads-pomade_updated

Kredit foto: Efek Gila

Kredit foto: Efek Gila

Sephia

Lagu ini dicipta oleh Eross, salah seorang ahli dari kumpulan Sheila On 7. Semasa proses pembuatan lagu ini, telah berlaku satu kejadian aneh pada Eross. Dia seringkali mendapat panggilan telefon daripada peminatnya yang bernama Sephia. Setelah diselidik, rupa-rupanya, peminat SO7 yang bernama Sephia ini telah lama meninggal dunia.

Kredit foto: Says.com

Kredit foto: Says.com

Kenangan Terindah

Lagu ini telah dipopularkan oleh band Samsons. Khabarnya, lagu ini sebenarnya mempunyai maksud yang tersembunyi. Dikatakan, jika lagu ini dimainkan secara terbalik, anda boleh mendengar suara yang menyuruh anda mengutuk Tuhan. Namun begitu, khabar angin ini tidak dapat disahkan. Mungkin, anda boleh mencubanya sendiri.

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Keepo

Kredit foto: Keepo

Selepas Kau Pergi

Lagu ini dihasilkan oleh kumpulan Laluna. Dalam lagu ini, anda boleh mendengar alunan gamelan yang dikatakan boleh mendatangkan rasa seram dan menyebabkan bulu roma anda meremang. Sila dengar dengan teliti untuk mendengar alunan gamelan tersebut.

Kredit foto: Carigold

Kredit foto: Carigold

Menanti Kekasih

Lagu ini dikatakan yang paling berhantu dan seram di antara lagu-lagu lain yang ada dalam senarai ini. Dinyanyikan oleh penyanyi popular Indonesia, Alda. Ada macam-macam spekulasi tentang lagu ini. Katanya, selepas 3 hari lagu ini dibuat dan dirakam, Alda ditemui mati di hotel. Namun begitu, selepas post-mortem, pihak forensik dapati Alda telah mati 7 hari yang lalu. Jadi, siapa sebenarnya yang merakamkan lagu ini?

Anda anda lagu-lagu berhantu yang lain yang anda rasa patut dikongsikan? Sila tinggalkan lagu-lagu yang anda rasakan berhantu dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Lagu Yang Patut Anda Dengar Untuk Menjadi Lebih Bermotivasi

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *