5 Kostum Superhero Dalam Filem Yang Hampir ‘Sebijik’ Sama Dengan Kostum Dalam Komik

Bagi peminat-peminat komik superhero, adalah menjadi impian mereka untuk melihat kostum yang dipakai oleh pelakon yang memegang watak superhero kegemaran mereka di layar perak adalah sama dan serupa di dalam komik apabila komik-komik tersebut diangkat menjadi filem. Oleh itu, di sini kami ingin senaraikan 5 superhero yang kostumnya adalah hampir sama dengan kostumnya di dalam komik.

Thor

Perbezaan yang paling ketara antara watak Thor di dalam komik dan filem ialah Thor di dalam filem tidak memakai topi besi yang selalu dipakai oleh Thor di dalam komik. Menurut sumber, jika pelakon Chris Hemsworth memakai topi tersebut, watak Thor akan nampak pelik dan kelakar. Oleh kerana itu, pihak produksi bersetuju untuk tidak memakaikan top besi tersebut.

Deadpool

Kostum Deadpool di dalam filem menampilkan corak dan warna yang sama seperti komik. Warna utamanya dikekalkan warna merah di samping diletakkan warna hitam pada bahagian mata dan sisi badan. Dua pedang katana juga diletakkan secara bersilang di belakang dan dua pucuk pistol disisipkan di kedua-dua belah peha Deadpool yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds.

Baca lagi: 5 Cerita Superhero Bertopeng Yang Buat Kanak-kanak 90an Sanggup Ponteng Sekolah

Iron Man

Untuk kostum Iron Man, boleh dikatakan ia tidak kekal dengan corak dan bentuk yang khusus. Ini kerana, Tony Stark (Iron Man) adalah seorang inventor dan beliau seringkali mengubah kesemua rekaannya sama ada di dalam komik ataupun di dalam filem. Namun begitu, ciri kostum yang paling utama untuk dikekalkan adalah warnanya. Sepertimana warna merah dan emas yang digunakan di dalam komik, begitu jugalah ia digunakan di dalam filem.

Spiderman

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat 3 orang berbeza yang memegang watak Spiderman di layar perak. Pertama, Tobey Maguire (Spiderman 1, 2, 3). Kedua,  Andrew Garfield (The Amazing Spiderman 1, 2). Ketiga, Tom Holland (Spiderman: Homecoming, bakal keluar tahun ini). Antara ketiga-ketiga kostum yang dipakai oleh ketiga-tiga pelakon ini, kostum yang dipakai oleh Tobey Maguire lah yang paling menepati bentuk dan corak seperti di dalam komik.

Superman

Hanya watak Superman yang dilakonkan oleh Christopher Reeves yang memakai kostum menepati ciri-ciri seperti kostum Superman di dalam komik. Bukan sahaja kostumnya yang sama, malah dari segi rambut berbentuk ‘S’ juga dibuat sama seperti di dalam komik. Namun begitu untuk watak Superman yang dilakonkan oleh Henry Cavill dibuat berlainan sama sekali dan langsung tidak mengekalkan unsur-unsur nostalgik seperti kostum Superman versi komik.

Anda berpendapat ada superhero yang lain yang kostumnya dalam filem adalah sama dengan di dalam komik? Sila tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber info dan gambar: Screen Rant

Baca lagi: 5 Tendangan Yang Paling Diingati Dalam Filem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *