5 Komposer Tempatan Yang Berjaya Mengharumkan Nama Negara

Komposer tempatan sememangnya tidak asing lagi kerana ramai antara mereka yang telah berjaya mewarnai dunia muzik dengan lagu-lagu mereka yang popular malah memiliki mesej yang cukup indah sehingga mampu didengari seluruh dunia.

Tidak kira samada dari bentuk lagu balada perlahan, muzik pop yang rancak serta muzik tradisional ternyata taraf muzik yang kita dendangkan sudah mampu menambat minat serata dunia sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah antarabangsa.

Berikut adalah beberapa komposer yang telah pun berjaya mengharumkan nama mereka di persada dunia.

Gambar hiasan: My News

1. Allahyarham Tan Sri P Ramlee

Komposer serta artis serba boleh ini sememangnya seseorang yang cukup berbakat dan sangat dikagumi setiap penghasilan seninya. Dari segi muzik yang dihasilkan maka terhasilkan lagu malar segar seperti Malam Bulan Di Pagar Bintang, Joget Pahang, Jeritan Batinku dan banyak lagi yang masih segar diingatan.

Gambar hiasan: My News

2. Ahmad Nawab

Merupakan komposer yang banyak menabur jasa dalam menaikkan nama beberapa artis seperti Ramlah Ram dan Jamal Abdillah. Terkenal dengan tiupan saksofon yang menkhayalkan, Ahmad Nawab telah menghasilkan karya berhantu seperti Hapuslah Airmatamu, Kau Kunci Cintaku dan Sendiri.

Gambar hiasan: My News

3. Adnan Abu Hassan

Pemergian beliau sememangnya tiada ganti dan sering digelar sebagai raja lagu-lagu balada dan yang bergenre sewaktu dengannya. Hasil kerja beliau telah menaikkan nama Dato Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Nora dan Ziana Zain dan kebanyakan lagu yang menerima augerah seperti Jerat Percintaan, Puncak Kasih Dan Kau Merubah Segalanya.

Gambar hiasan: My News

4. Pak Ngah Suhaimi

Lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah, beliau adalah komposer yangbekerja keras memperjuangkan irama tradisional dan bersama Dato Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris, Pak Ngah mewarnai dunia muzik dengan kejayaan lagu-lagu tradisional seperti Cindai, Hati Kama, Tinting, Balqis, Dikir Puteri dan Nirmala.

Gambar hiasan: My News

5. LY

Kepada peminat lagu-lagu bergenre 90-an tentu anda kenal dengan komposer ini kerana kebanyakan lagu-lagu popular sekitar era tersebut adalah hasil buah tangan beliau. Seperti lagu nyanyian kumpulan Spring (Bourgeinvilla), Dato Siti Nurhaliza (Aku Cinta Padamu) dan Nicki Astria (Mengapa).

Baca lagi: Beberapa Panduan Yang Berguna Untuk Menulis Novel Fiksyen

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *