5 Komen Pemain Bola Sepak Dunia Selepas Donald Trump Menjadi Presiden Amerika Syarikat

Umum sudah mengetahui bahawa semalam Donald Trump berjaya memperolehi jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu selepas memenangi pilihanraya di mana beliau disaingi rapat oleh seteru utamanya iaitu Hillary Clinton.

Donald Trump yang kini sudah berusia 70 tahun telah dilantik sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke 45 selepas undian menunjukkan bahawa beliau mendapat majoriti kepercayaan daripada rakyat Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, dalam dunia bola sepak, terdapat beberapa pemain bola sepak dunia yang tidak menyukai keputusan ini. Mereka telah menggunakan media sosial untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan kemenangan Donald Trump ini.

Berikut adalah luahan hati 5 pemain bola sepak dunia yang kami perolehi daripada laman web Sportskeeda.

Vincent Kompany (Manchester City)

“Toot.. Apa kata kita kita bagi kuasa kepada orang-orang bodoh di dunia ini dan cuba lihat apa akan jadi. Inilah generasi realiti TV.”

kompany-1

Jan Vertonghen (Tottenham Hotspur)

1 – “Saya tak percaya dengan apa yang saya lihat. Ini sungguh memalukan.”

2 – “Saya teringin sangat untuk berjumpa dengan mereka yang pro-Trump dan bertanya kepada mereka apa yang sedang mereka fikirkan tetapi saya tak dapat berjumpa seorang pun daripada mereka.”

verthongten

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Yang Paling Pendek Di Dunia (Pendek Tapi Power)

ads-beard-oil-with-azrel

Javi Martinez (Bayern Munich)

“Pengakhiran impian saya untuk bermain di MLS (Major League Soccer)?”

javi-3

Robbie Rogers (LA Galaxy)

“Selamat malam Amerika. Sekarang, ayuh kita BEKERJASAMA mewujudkan sebuah negara di mana harapan, termasuk kebaikan dan kasih sayang akan menguasai ketakutan.”

robbie-5

Darren Huckerby (Norwich City 2003-2008)

“Amerika, anda telah mengundi seseorang yang sangat bodoh ke posisi yang sangat berkuasa di dunia. Sangat mengejutkan!”

darren-huckerby

Hurm… Bermacam-macam reaksi yang kita dapat lihat apabila Donald Trump memenangi pilihanraya ini dan seterusnya dilantik sebagai presiden Amerika Syarikat. Ada yang suka, ada yang tidak. Anda pula bagaimana? Apa pendapat anda tentang peristiwa ini?

Baca lagi: 20 Pemain Bola Sepak Tergemuk Sepanjang Zaman

Join us_New

1 Comment

  1. umminani

    November 10, 2016 at 5:17 PM

    no komen

    hahaha doakan negara kita selamat. amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *