5 Kisah Inspirasi Dari Dunia Sukan Yang Patut Difilemkan

Kisah-kisah inspirasi dapat membantu sesiapa sahaja untuk kembali bangkit dan bersemangat dalam mencapai impian dan cita-cita. Oleh sebab itu, pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 kisah inspirasi dari dunia sukan yang patut dijadikan filem.

inspirasi

Wira negara. Dari kiri: Ziyad, Ridzuan, Latif

Kisah Trio Emas Malaysia

Kisah 3 atlet paralimpik Malaysia yang telah memenangi emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly patut difilemkan semula kerana kisah kejayaan mereka disebalik kekurangan yang dimiliki berjaya diatasi dengan jayanya sehinggakan berjaya membawa pulang pingat emas ke Malaysia.

Kredit foto: Duke University

Kisah Kejayaan Pasukan Bola Sepak Wanita Jepun

Pada tahun 2011, pasukan bola sepak wanita Jepun telah berjaya memenangi Piala Dunia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara Jepun selepas mengalahkan Amerika Syarikat di pusingan akhir. Apa yang menariknya tentang kisah kejayaan ini ialah, ia terselit satu cerita duka yang sangat besar apabila 4 bulan sebelum pertandingan Piala Dunia ini berlangsung, Jepun telah dilanda tsunami yang mengorbankan 15,000 orang. Walaupun dalam kedukaan, pasukan bola sepak wanita Jepun masih mampu memenangi Piala Dunia.

Baca lagi: Pekak Bukan Halangan Untuk Lelaki Ini Bergelar Pemain NFL

Kredit foto: Biography.com

Kisah Kemanusiaan

Roberto Clemente, pemain baseball yang berasal dari Puerto Rico ini merupakan pemain yang telah diberikan anugerah All-star sebanyak 15 kali bukan sahaja mempunyai rekod yang cemerlang dalam sukan baseball malah beliau juga seorang yang aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan untuk masyarakat khususnya untuk orang-orang Amerika Latin.

Beliau akan berusaha sedaya-upaya dan selagi mana beliau mampu untuk memastikan atlit-atlit Amerika Latin dapat mengecapi kejayaan.

Kredit foto: HistoryLocker

Kisah Penggusti Tanpa Kaki

Anthony Robles adalah seorang atlit gusti kurang upaya kerana beliau telah kehilangan sebelah kakinya. Namun begitu, di sebalik kekurangan ini, beliau berjaya menjadi ahli gusti yang cukup hebat dan mampu mengalahkan penggusti-penggusti yang normal. Dalam tahun 2010 hingga 2011, rekod kemenangan beliau adalah 36-0 di mana beliau tidak berjaya dikalahkan oleh mana-mana penggusti dalam kategori beliau.

Kredit foto: Democrat and Chronicle

Kisah Budak Autisme Yang Menjadi Hero

Jason McElwain adalah seorang remaja yang telah disahkan menghidapi autisme sejak berusia 2 tahun. Oleh kerana minat beliau yang mendalam terhadap sukan bola keranjang, Jason telah dilantik sebagai pengurus pasukan bola keranjang sekolahnya iaitu Greece Athena High School.

Ketika perlawanan terakhir dalam musim 2006, jurulatih Greece Athena telah memberi peluang kepada Jason untuk bermain selama 4 minit dan Jason telah mengejutkan semua orang apabila beliau berjaya menjaringkan 20 poin dalam masa 4 minit yang akhirnya memberi kemenangan kepada Greece Athena walaupun sebelum itu mereka telah ketinggalan.

Adakah anda ada kisah inspirasi yang lain yang mahu dicadangkan? Sila tinggalkan cadangan anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: Pemain-Pemain J-League Ini Menjadikan 3 Sepakan Dalam Komik Captain Tsubasa Satu Realiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *