5 Khasiat Buah Tomato Yang Perlu Kita Ketahui

5 Khasiat Buah Tomato Yang Perlu Kita Ketahui

Wallcoo.net

Kita sering disarankan untuk makan tomato bagi mendapat kulit yang cantik. Tapi tahukah anda bahawa tomato secara umumnya mempunyai lebih banyak khasiat yang bagus? Ketahui pelbagai rahsia kebaikan tomato melalui rencana yang dititipkan khas untuk anda.

#1. Pengawalan berat badan

5 Khasiat Buah Tomato Yang Perlu Kita Ketahui

Yummy Yummy Baby!

Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolestrol menjadikan ia berkhasiat untuk di makan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika anda sedang dalam pelan menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.

ads-beard-oil-with-azrel

#2. Membantu masalah susah tidur

5 Khasiat Buah Tomato Yang Perlu Kita Ketahui

Simply Recipes

Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaannya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan bewarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.

#3. Mengurangkan masalah kulit

5 Khasiat Buah Tomato Yang Perlu Kita Ketahui

Reader’s Digest

Selain diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30 %.

#4. Membantu penglihatan mata

5 Khasiat Buah Tomato Yang Perlu Kita Ketahui

Tomato Dirt

Kebiasaannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tahukah anda bahawa tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degenaration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

#5. Merawat batu karang

5 Khasiat Buah Tomato Yang Perlu Kita Ketahui

Garden of Eden

Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

Selamat mencuba dan jaga kesihatan kita. Komen di bawah.

Sumber: EH

BACA: Bawang Putih Bertunas Kaya Antioksidan

Join us_New

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *