5 Kecederaan Yang Paling Teruk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak

Setiap pemain bola sepak telah menyaksikan banyak kecederaan sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka sama ada kecil atau besar. Beberapa kecederaan boleh menjadi minor yang membolehkan anda kembali kepada permainan yang sama selepas beberapa rawatan ringkas. Kecederaan serius juga boleh berlaku yang boleh meletakkan satu pengakhiran kepada kerjaya seorang pemain bola sepak. Dan ya, beberapa kecederaan yang paling teruk dalam bola sepak telahpun membenarkan hal sedemikian.

Jadi mari kita lihat beberapa kecederaan dalam bola sepak yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah sukan ini.

5.  Petr Cech – Reading vs. Chelsea pada 14 Oktober 2006

5 Kecederaan Yang Paling Teruk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak

Sumber gambar: Youtube

Ini adalah antara kecederaan yang sangat terkenal dalam dunia bola sepak. Ia berlaku semasa perlawanan antara Reading dan Chelsea pada Oktober 2006, apabila penjaga gol Cech telah dilanggar di kepala oleh Stephen Hunt dari pasukan Reading. Hunt menggunakan lututnya untuk menyerang yang akhirnya mengakibatkan kecederaan yang serius.

Cech dengan segera dibawa ke Hospital Royal Berkshire kerana pembentukan darah beku di kepalanya. Di sana, beliau terpaksa menjalani pembedahan kepala dan ramai menyangka bahawa beliau tidak akan dapat terus bertahan. Tetapi ianya mengejutkan semua orang apabila beliau kembali bermain untuk Chelsea tiga bulan selepas kecederaan tersebut.

4.  Eduardo da Silva – Birmingham vs. Arsenal pada 23 September 2008

Sumber gambar: Youtube

Eduardo da Silva mengalami perlanggaran yang keras ketika bermain untuk Arsenal. Beliau dikasari Martin Taylor dari Birmingham menyebabkan beliau patah kaki dan pergelangan kaki kirinya terkehel.

Timbul khabar angin bahawa terjahan tersebut sengaja dilakukan memandangkan da Silva adalah seorang pemain yang sangat cemerlang. Tetapi khabar tersebut diketepikan oleh penganalisis bola sepak. Silva kembali beraksi di padang 12 bulan selepas kecederaan untuk bermain dalam perlawanan piala menentang Cardiff.

3.  Alf Inge Haaland – Manchester United vs. Manchester City pada 21 April 2001

Sumber gambar: Youtube

Alfe Inge Haaland menderita kecederaan lutut yang mengakibatkan berakhirnya kerjaya beliau pada Julai 2003.  Terjahan tersebut dikecam sebagai salah satu terjahan yang paling dasyat dalam sejarah bola sepak. Sejak kecederaan itu, beliau cuba untuk kembali ke padang, tetapi tidak berhasil.

Kecederaan itu disebabkan oleh Roy Keane yang mendedahkan kebenaran di dalam autobiografinya menyatakan ia sebagai membalas dendam terhadap Haaland kerana beliau telah menyebabkan kecederaan terhadap Keane, yang menyebabkan Keane terlepas untuk keseluruhan musim pada tahun 1997.

2. Patrick Battiston – France vs Jerman Barat pada 8 Julai 1982

Sumber gambar: sportstardom.com

Peristiwa ini diingati sebagai salah satu kecederaan yang paling teruk pernah berlaku dalam aksi Piala Dunia. Kecederaan tersebut adalah  disebabkan gerakan seperti seni pertahanan diri oleh pihak lawan, Harald Schumacher semasa perlawanan antara Perancis dan Jerman Barat pada bulan Julai 1982.

Perlanggaran tersebut menyebabkan Battiston dalam keadaan koma yang mengejutkan semua peminat dan penonton semasa perlawanan. Battiston mengalami kerosakan vertebra kiri, rahang patah dan kehilangan empat gigi. Beliau kembali bermain lima bulan selepas kejadian itu.

1. David Busst – Manchester United vs Coventry City pada 8 April 1996

Sumber gambar: Twitter

Ini adalah salah satu daripada kecederaan bola sepak yang paling mengejutkan dan paling teruk pernah disaksikan dalam sejarah. Pemain pertahanan Coventry City mengalami double fracture pada kakinya berikutan perlanggaran mengerikan dengan David Irwin pada April 1996 semasa perlawanan menentang Manchester United.

Insiden tersebut mengakibatkan tulang fibula beliau retak, yang terbonjol keluar dari kulitnya dan dilihat oleh pemain di sekelilingnya. Kejadian yang ganas itu meletakkan Busst dalam situasi yang mengejutkan.

 

Baca lagi: 5 Stadium Bola Sepak Termahal Di Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *