5 Kawasan Paling Berhantu Di Malaysia Yang Anda Patut Tahu

Bukan sahaja di Malaysia, malah di tempat lain di seluruh dunia juga tidak akan terlepas dari memiliki kawasan yang dikatakan keras dan berhantu. Ini disebabkan oleh sejarah hitam yang berlaku di kawasan-kawasan tersebut ataupun sekadar suasana seram untuk menggambarkan keadaan di kawasan tersebut.

Malaysia juga tidak sunyi dari memiliki sejarah kawasan peninggalan yang dianggap berhantu dan menakutkan untuk dikunjungi secara berseorangan. Malah ada juga kawasan yang ditegah dari dimasuki kerana bimbang jika sesuatu yang tidak diingini akan terjadi kepada pelawat tersebut.

Oleh itu mari kita lihat 5 kawasan yang paling menyeramkan di sekitar Malaysia yang mungkin boleh membuatkan ramai meremang bulu roma.

 

Gambar hiasan: Pau Kacang

1. Mimaland

Taman rekreasi yang terkenal pada era 80-an ini juga memiliki pelbagai kisah menarik yang menjadikannya termasuk dalam carta. Kejadian malang yang meragut nyawa seorang warga dari Singapura di situ telah menyebabkan taman tema itu ditutup kepada kunjungan orang ramai.

Gambar hiasan: Peter Khiew

2. Institut St Michael

Memiliki banyak terowong-terowong yang dibina oleh askar Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan yang paling berhantu dilaporkan di gereja kecil kerana ada penampakan paderi tanpa kepala yang sering melutut dan berdoa di hadapan pintu.

Gambar hiasan: Youtube

3. Victoria Institution

Semasa pendudukan askar Jepun di Malaya, terdapat ramai askar British yang diseksa dan dibunuh di kawasan ini terutamanya di ruangan bawah tanah. Di sini didapati terdapat banyak kejadian kerasukan apabila pelajar-pelajar di situ akan didapati berkelakuan pelik pada satu-satu masa.

Gambar hiasan: Wikipedia

4. Highland Towers

Kejadian kondominium runtuh yang mengejutkan ramai pihak semenjak awal 90-an dahulu merupakan salah satu tragedi yang paling menggerunkan pernah terjadi di Malaysia. Kejadian tersebut telah meragut hampir 48 nyawa dan kawasan tu kekal tidak berpenghuni hingga kini.

Gambar hiasan: Today Online

5. Lebuhraya Karak

Lebuhraya ini sebenarnya mula dibuka kepada orang ramai pada tahu 1977 dan lebuh raya ini memiliki sepasang terowong di kawasan peranginan yang terkenal iaitu Genting Highlands. Antara kisah yang menyeramkan di sini adalah penampakan kelibat kereta Volkswagen kuning.

Baca lagi: Siapa Sangka Motivasi Mendapatkan Tubuh Tegap Boleh Menjadi Menyeronokkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *