5 Jenis Jambang Yang Terbaik Yang Boleh Anda Cuba

5 Jenis Jambang Yang Terbaik Yang Boleh Anda Cuba

GQ.com

Wajah anda adalah kanvas manakala jambang anda pula sebagai lukisan. Tapi secara teksturnya jambang anda itu boleh dikategorikan sebagai paintbrush, tapi itu hanyalah kiasan.

Secara asasnya, ianya terpulang kepada anda untuk gayakan jambang anda dalam bentuk yang bagaimana. Oleh itu jangan ambil mudah. Terdapat banyak jenis  jambang yang boleh dipraktikkan, tapi sebelum kita pergi ke arah itu mari kami tekankan yang tidak semua jambang yang kami akan huraikan itu sesuai dengan anda.

Baca dan fahami mungkin boleh menjadi panduan untuk anda di dalam menentukan jambang jenis apa yang sesuai untuk wajah anda.

Tanpa anda sedari di luar sana gaya jambang sedang menanti dan apabila bertemu testosterone anda akan menaik, atau keyakinan diri anda meninggi. Tapi sebelum itu, anda kena kenali dulu bentuk muka anda sebelum memilih gaya jambang. Jadikan muka anda bentuk simetri ataupun oval.

Jika anda mempunyai bentuk muka persegi ataupun bulat, secara tidak langsung anda akan memiliki jambang yang lebih luas. Jika anda memiliki bentuk muka segi empat tepat, ataupun oblong pastikan anda kekalkan jambang lebih pendek di bahagian bawah, kemudian biarkan jambang di sebelah pipi anda lebih lagi untuk melembutkan bentuk wajah anda dengan jambang. Jika anda memiliki wajah bentuk oval, ianya amat mudah kerana anda boleh mencuba pelbagai jenis jambang yang ada.

Oh, dan jangan lupa jika jambang anda sudah panjang dan tidak terurus eloklah jika anda potong sedikit agar nampak lebih kemas. Jika anda sudah merasa kegatalan di bawah dagu, pastik anda sentiasa mencuci dengan sabun khas untuk jambang yang banyak dijual di pasaran.

ads-hair-tonic-with-nasir

#1. Designer Stubble

5 Jenis Jambang Yang Terbaik Yang Boleh Anda Cuba

Digital Trends

Paling menyedihkan bagi anda yang ingin membela jambang, mungkin kerana bulu jambang tidak tumbuh banyak di sekitar bawah dagu. Mungkin faktor genetik yang memang tidak berbulu membantutkan harapan anda untuk memiliki jambang. Jenis jambang yang jarang-jarang ni memang selalu boleh kite tengok.

#2. Work to Weekend beard

5 Jenis Jambang Yang Terbaik Yang Boleh Anda Cuba

www.enstarz.com

Pilihan peralihan. Gaya ini seperti “Saya seorang yang profesional, tapi tak sangat. Saya seorang yang tenang tapi tidak tenang sangat.” begitulah metafora yang boleh digambarkan bagi gaya jambang ini. Heh. Untuk jambang ini, anda memerlukan beberapa bulan untuk melihat ianya tumbuh namun jika anda disiplin jambang boleh tumbuh dengan hanya beberapa minggu sahaja.

ads-perfume-with-azrel

#3. Full beard

5 Jenis Jambang Yang Terbaik Yang Boleh Anda Cuba

www.youtube.com

Jambang jenis ini sangat mudah. Anda boleh biarkan ianya tumbuh memenuhi muka anda. Untuk jambang jenis ini, muka yang berbetuk oval, bulat amat sesuai. Ianya amat bersesuaian dengan imej anda.

#4. Be – Stubble Goatee

5 Jenis Jambang Yang Terbaik Yang Boleh Anda Cuba

QuirkyByte

Ramai lelaki yang tidak dapat membela jambang memilih untuk membela goatee. Rata-rata yang tumbuh adalah di sekitar pipi dan juga mulut. Tetapi Goatee akan nampak elok bagi sesetengah lelaki seperti Andre Agassi (1996), ataupun Robert Downey Jr. Walaubagaimanapun, rambut muka anda tumbuh di sekitar mulut, cuba padankan dengan gaya Designet Stubble. Kesannya amat menakjubkan!

#5. Yeard

5 Jenis Jambang Yang Terbaik Yang Boleh Anda Cuba

ScoreBoredSports

Jika anda ada masalah peribadi, sila jangan teruskan bacaan.

Tahniah diucapkan kepada anda yang masih setia membaca. Kerana anda tidak mahu melepaskan satu-satunya gaya jambang yang popular di kalangan atlet seperti James Harden dan Brian Wilson. Untuk jambang jenis ini anda perlu tunggu 6 bulan ke setahun untuk nampak hasilnya.

Mungkin anda sudah dapat idea jenis jambang mana anda inginkan pada tahun 2017 nanti bukan? Komen di bawah.

Sumber: Men’s Health

BACA: Gaya Fesyen Rambut Lelaki Yang Menjadi Ikutan

Join us_New

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *