5 Jenama Topi Keledar Terbaik Di Dalam Pasaran Yang Anda Patut Miliki

Bagi para penunggang motosikal, menunggang motor tanpa topi keledar adalah ibarat menempah maut segera. Topi keledar berfungsi untuk mengelakkan seseorang penunggang daripada cedera teruk apabila kemalangan terutama sekali di bahagian kepala.

Jadi, untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 jenama topi keledar terbaik di dalam pasaran yang anda boleh miliki untuk memastikan keselamatan anda semasa menunggang.

topi keledar terbaik

Kredit foto: win-helmets.com

Shoei

Shoei adalah sebuah syarikat pembuatan topi keledar dari Jepun dan telah ditubuhkan pada tahun 1959 di Tokyo. Shoei turut dikenali sebagai sebuah syarikat innovator seperti Apple kerana mereka sering menghasilkan topi keledar yang tak pernah mengecewakan kehendak para pelanggan.

Selain memiliki kualiti yang terbaik pada topi keledarnya, Shoei juga menyediakan waranti 5 tahun untuk hampir semua topi keledar yang dihasilkannya.

Kredit foto: motorcyclemegastore.com

HJC

HJC sudah berada dalam pasaran topi keledar ini sejak tahun 1971. Syarikat ini secara eksklusifnya hanya menjual topi keledar semata-mata. HJC adalah sebuah jenama yang popular di Amerika utara sejak tahun 1992. Faktor yang menyebabkan HJC ini popular ialah ia menyediakan pelbagai jenis topi keledar bermula dari mid range kepada high end.

Selain itu, HJC sering menjalankan ujikaji terhadap topi keledar yang dihasilkannya untuk memastikan penunggang berada dalam keadaan selamat.

Baca lagi: 5 Motosikal Kapcai Yang Pernah ‘Mengaum’ Di Jalanraya Suatu Ketika Dahulu

Kredit foto: Pinterest

Bell

Syarikat Bell adalah sebuah syarikat pakar dalam penghasilan topi keledar. Topi keledar full face pertama mereka telah dihasilkan pada tahun 1971. Bell menampilkan penghasilan topi keledar yang ada gaya apabila dipakai malah topi keledar mereka pernah digunakan oleh pelumba motorcross seperti Josh Herrin dan James Stewart.

Apa yang menarik tentang topi keledar Bell ialah ia mempunyai sistem pengudaraan yang bagus dan sangat mudah disarungkan serta ringan.

Kredit foto: Arai Helmet Reviews

Arai

Arai telah ditubuhkan sejak tahun 1926. Sama seperti Shoei, Arai adalah sebuah syarikat yang berasal dari Jepun. Keunikan utama topi keledar Arai ialah semuanya adalah hand made. Selain itu, topi keledar Arai sentiasa diuji pada setiap fasa pembuatan. Pertama, semasa rangka topi keledar siap. Kedua, semasa ia dicat dan ketiga semasa pemasangan penuh pada topi keledar tersebut.

Topi keledar Arai sememangnya memberi keselesaan kepada penunggang malah ia turut digunakan oleh pelumba Moto GP dunia seperti Dani Pedrosa dan Nicky Hayden.

Kredit foto: Nolan Helmets

Nolan

Nolan adalah sebuah syarikat pembuatan topi keledar yang berasal dari Itali dan telah ditubuhkan sejak tahun 1973. Nolan tersenarai di antara syarikat-syarikat pembuatan topi keledar yang menepati DOT helmet standard. Ini menjadikan ia antara topi keledar yang memberi ciri-ciri keselamatan terbaik apabila digunakan. Semua topi keledar Nolan turut diberi keistimewaan 5 tahun waranti tetapi tetap dijual pada harga yang sangat berpatutan. Antara pelumba motosikal yang pernah menggunakan topi keledar Nolan adalah seperti Casey Stoner dan juga Marco Melandri.

Inilah dia antara 5 jenama topi keledar terbaik yang berada di dalam pasaran. Antara kelima-lima ini, yang mana satukah menjadi pilihan hati anda?

Baca lagi: 5 Motosikal Yang Sesuai Untuk Lelaki Berjambang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *