5 Gitar Elektronik Terbaik Yang Patut Dibeli Oleh Pemain Gitar Beginner

Bagi sesiapa yang baru sahaja mahu bermula bermain gitar elektronik, anda pasti berada di dalam dilema untuk memilih gitar-gitar yang sesuai. Anda juga mungkin menjadi keliru sama ada ingin membeli gitar yang jenamanya tidak terkenal dan sudah tentu murah ataupun gitar yang berjenama dan mahal.

Bukanlah tidak boleh membeli gitar yang terlalu murah, tetapi dikhuatiri anda gitar tersebut tidak mencapai kualiti yang anda mahukan. Jadi, tidak ada salahnya untuk mengambil gitar elektronik yang berjenama terkenal tetapi masih menawarkan harga yang berpatutan.

Lagipun, gitar-gitar berjenama ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bermain gitar kerana ia pernah digunakan oleh gitaris-gitaris terkenal dunia seperti Slash dari Gun n Roses dan Eric Clapton.

Jadi di sini, kami telah kumpulkan 5 gitar elektronik yang terbaik untuk dimiliki oleh pemain gitar beginner. Kami berharap dengan senarai ini, akan memudahkan pencarian anda untuk mendapatkan gitar elektronik pertama anda.

Kredit foto: Fender

Kredit foto: Fender

Squier Affinity Stratocaster (RM900++)

Squier adalah jenama gitar di bawah pengeluar gitar terkenal iaitu Fender. Gitar ini dihasilkan dengan bajet yang rendah namun begitu masih mengekalkan kualiti mengikut standard yang ditetapkan oleh Fender.

Gitar ini telah digunakan oleh gitaris-gitaris terkenal seperti Jimi Hendrix dan juga Eric Clapton. Gitar ini sesuai untuk memainkan lagu-lagu rock, blues dan juga ‘country’.

Kredit foto: Fender

Kredit foto: Fender

Squier Affinity Telecaster (RM900++)

Telecaster adalah siri lain di bawah jenama Squier yang turut dikeluarkan oleh Fender. Gitar ini cukup disukai oleh pemain gitar yang menggemari lagu ‘country’ dan rock. Namun begitu, gitar ini kurang sesuai untuk mereka yang menggemari lagu-lagu bergenre metal dan juga ‘hard rock’.

Antara kekuatan yang ada pada gitar ini yang mungkin membantu pemain gitar baharu ialah ia mempunyai ‘hard tail bridge’ yang akan membantu pemain gitar baharu untuk bermain dengan lebih baik.

Baca lagi: 5 Pemain Gitar Terhebat Sepanjang Zaman

ads-pomade_updated

Kredit foto: Epiphone

Kredit foto: Epiphone

Epiphone LP Special II (RM600++)

Epihone adalah antara jenama gitar terhebat dalam pasaran yang dikeluarkan oleh Gibson. Gitar ini sememangnya sesuai untuk mereka yang baharu atau berada di tahap pertengahan. Antara pemain-pemain gitar terkenal yang pernah menggunakan gitar ini ialah Slash, Billy Gibbons dan juga Zakk Wylde.

Gitar ini sesuai untuk mereka yang menggemari lagu hard rock sehinggalah setenang-tenang lagu jazz, blues dan juga ‘country’. Gitar Epiphone LP Special II sememang sebuah gitar klasik yang dihasilkan dengan harga yang murah.

Kredit foto: Epiphone

Kredit foto: Epiphone

Epiphone SG Special (RM700++)

Satu lagi gitar terbaik di bawah jenama Epiphone keluaran Gibson iaitu SG Special. Gitar ini sudah digunakan berpuluh tahun lamanya dalam industri rock dunia. Gitar ini pernah digunakan oleh gitaris AC/DC iaitu Angus Young dan juga gitaris Black Sabbath iaitu Tony Lommi.

Gitar ini sememangnya sesuai untuk mereka yang meminati genre rock. Tambahan pula, gitar ini mempunyai ‘tune-o-matic bridges’ di mana ia membolehkan pemain gitar menghasilkan bunyi gitar yang baik tanpa perlu melakukan banyak pengubahsuaian.

Kredit foto: Jackson Guitars

Kredit foto: Jackson Guitars

Jackson JS22 Dinky (RM900++)

Gitar ini sememangnya popular dengan pemain gitar yang menggemari lagu bergenre heavy metal. Gitar ini memang cukup terkenal di kalangan pemain-pemain gitar baharu yang sedang mencari gitar elektronik pada harga yang begitu rendah. Lagipun, Jackson menghasilkan gitar ini sememangnya bertujuan untuk membantu newbie dapat memainkan gitar yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Adakah anda bersetuju dengan pilihan gitar-gitar untuk beginner ini? Jika anda ada cadangan lain, boleh tinggalkan dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Band Yang Pernah Merwarnai Scene Muzik Underground Malaysia Era 90an

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *