5 Gerakan ‘Submission’ Yang Paling Menyakitkan Dalam WWE

Apakah itu gerakan ‘submission’? Gerakan ‘submission’ adalah satu gerakan di dalam gusti di mana seorang ahli gusti akan mengunci pergerakan seorang ahli gusti yang lain supaya tidak dapat bergerak dan terpaksa menyerah kalah kerana gerakan ‘submission’ yang menyakitkan.

Pada ketika ahli gusti mahu menyerah kalah, pengadil perlu sedar akan pergerakan ahli gusti itu di mana dia akan membuat ‘tap-out’ dengan cara menghentak tangan atau kakinya berkali-kali di atas gelanggang ataupun lantai.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 gerakan ‘submission’ yang paling menyakitkan dalam World Wrestling Entertainment (WWE).

Kredit foto: wwe.com

Kredit foto: wwe.com

#5. Walls of Jericho

Gerakan ini dilakukan oleh Chris Jericho. Gerakan ini telah diubahsuai daripada gerakan ‘Boston elevated crab’. ‘Walls of Jericho’ akan dilakukan apabila lawan terbaring dan gerakan ini memberi tekanan yang menyakitkan di bahagian belakang badan dan juga tengkuk lawan.

Kredit foto: Wrestling Forum

Kredit foto: Wrestling Forum

#4. Figure 4 Leg Lock

Gerakan ini diinovasi oleh Buddy Rogers tetapi dipopularkan oleh Ric Flair. Apabila seseorang ahli gusti membuat gerakan ini, ia akan menyakitkan bahagian lutut dan keting lawannya. Bret Hart telah menginovasikan gerakan ini di mana dia membuat gerakan ‘Figure 4 Leg Lock’ terhadap Undertaker di tiang gelanggang.

Baca lagi: 5 Sebab Mengapa WWE Masih Ditonton Walaupun Ramai Sudah Tahu Ia Sekadar Lakonan

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Sportskeeda

Kredit foto: Sportskeeda

#3. Surfboard Stretch

‘Surfboard Strech’ adalah satu gerakan ‘signature’ Daniel Bryan. Gerakan ini dicipta oleh Rito Romero tetapi dipopularkan oleh Jushin Thunder Liger. Gerakan ini dibuat sambil berbaring di mana seseorang ahli gusti akan mengangkat lawannya menggunakan kaki dan meregangkan tangan untuk menyakitkan bahagian bahu dan belakang lawannya.

Kredit foto: whatistheexcel.com

Kredit foto: whatistheexcel.com

#2. Crippler Crossface

Gerakan ini menjadi sejarah dalam ‘Wrestlemania’ apabila ia menjadi gerakan ‘submission’ pertama yang memberi kemenangan kepada Chris Benoit untuk memenangi gelaran ‘World Heavyweight Champion’. Gerakan ini dicipta oleh Chris Benoit dan ia boleh menyakitkan bahagian leher dan belakang lawannya.

Kredit foto: We Talk Podcasts

Kredit foto: We Talk Podcasts

#1. Hell Gate

Gerakan ini muncul buat pertama kali semasa Undertaker menentang Big Daddy V pada tahun 2008. Entah macam mana, secara tiba-tiba, Undertaker berjaya mengunci pergerakan Big Daddy V dan mengepit kepala Big Daddy V menggunakan ketingnya. Gerakan ini menyebabkan Big Daddy V pengsan sambil mulutnya meleleh darah. Selepas beberapa kali Undertaker membuat gerakan ini, ia telah diharamkan kerana terlalu bahaya.

Adakah anda mengetahui lain-lain gerakan’submission’ yang anda rasa menyakitkan? Jika ada, jangan segan silu untuk tinggalkan pandangan anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: Sportskeeda

Baca lagi: 4 Bukti Bahawa WWE Bukanlah Lakonan Semata-mata

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *