5 Gaya Sambutan Jaringan Gol Yang Diingati Sepanjang Zaman

Tidak sah jika dalam sesebuah perlawanan bola sepak, para pemain tidak meraikan jaringan yang telah dilakukan. Ia ibarat lagu tanpa irama yang menyedapkan halwa telinga kita semua.

Meraikan jaringan ini dapat menzahirkan betapa seronok dan gembiranya seseorang pemain apabila dapat menjaringkan gol. Apatah lagi jika gol itu mungkin boleh memberi kemenangan ataupun mengelakkan pasukan yang diwakili kalah.

Jadi untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua 5 gaya sambutan jaringan gol yang dikatakan sebagai paling diingati sepanjang zaman. Jom kita lihat.

gaya sambutan jaringan gol

Kredit foto: FourFourTwo

#5. Paul Gascoigne

Sambutan jaringan ini dibuat oleh Paul Gascoinge semasa England bertemu dengan Scotland dalam Euro 1996. Pihak media mengatakan bahwa Gascoine akan disingkirkan dari skuad England kerana ditangkap meminum arak di mana arak dituang ke dalam mulut Gascoinge semasa beliau berbaring di atas kerusi pesakit gigi.

Dalam perlawanan menentang Scotland, Gascoigne berjaya menjaringkan gol yang menarik, dan melakonkan semula aksi beliau meminum arak di mana Teddy Sheringham memancutkan air dari botol air ke dalam mulut Gascoinge. Tindakan ini dikatakan sebagai membidas sikap media yang suka mencari kesalahannya.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Yang Paling Pendek Di Dunia

ads-beard-oil-with-azrel

gaya sambutan jaringan gol

Kredit foto: The Sportster

#4. Eric Cantona

Ketika ini, Manchester United bertemu dengan Sunderland pada tahun 1996. Dalam perlawanan ini, Cantona telah menggelecek bola dari tengah dan kemudian dihantar kepada Brian McClair sebelum McClair menghantar semula kepadanya.

Kemudian, di penjuru kotak penalti Sunderland, Cantona telah membuat sepakan ‘chip’ dan bola itu melambung dan masuk ke dalam gol. Cantona meraikan jaringan itu dengan berpusing-pusing secara perlahan-lahan sambil melihat sekeliling stadium sambil mengangkat tangan. Pada tahun 2012, gaya sambutan Cantona ini berjaya memenangi ‘Best Celebration in the Premier League 20 Seasons Award’.

gaya sambutan jaringan gol

Kredit foto: Nostalgic Football

#3. Bebeto

Bebeto membuat gaya sambutan jaringan seperti memangku anak semasa bertemu Belanda dalam Piala Dunia 1994. Gaya sambutan ini dibuat kerana 3 hari sebelum perlawanan ini, isteri beliau baru sahaja melahirkan anaknya. Kini anaknya itu sudah bergelar pemain bola sepak profesional.

gaya sambutan jaringan

Kredit foto: The Inspiration Room

#2. Roger Milla

Roger Milla berusia 38 tahun semasa beraksi dalam Piala Dunia 1990. Dalam pertandingan ini, setiap kali selepas menjaringkan gol untuk pasukannya, Cameroon, beliau akan berlari menuju ke bendera di penjuru padang dan kemudian meraikan jaringannya dengan membuat tarian menggoyangkan pinggulnya. Gaya ini telah menjadi ‘trademark’ Roger Milla.

ads-gent-grooming

gaya sambutan jaringan

Kredit foto: ShortList

#1. Marco Tardelli

Sambutan jaringan ini dibuat semasa perlawanan akhir Piala Dunia 1982 di antara Itali dan Jerman Barat. Pada ketika itu, Itali sudahpun mendahului Jerman Barat dengan jaringan 1 – 0.

Kemudian, Tardelli telah menjaringkan gol yang menarik dari luar kotak penalti dan kedudukan menjadi 2 – 0. Tardelli meraikan jaringannya sambil menangis dan sambil menjerit “Gol, gol, gol,” seraya berlari ke arah bangku simpanan pasukannya. Gaya sambutan ini dikenali sebagai ‘Tardelli Cry’.

Adakah anda mengingati gaya sambutan jaringan gol yang lain daripada yang disenaraikan ini? Jika ada, sila tinggalkan info tersebut di ruangan komen di bawah ye.

Sumber: Goliath

Baca lagi: 20 Pemain Bola Sepak Tergemuk Sepanjang Zaman

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *