5 Gaya Rambut Neymar yang Paling Top

Walaupun bekali-kali beliau menukar gaya rambut, Neymar masih kelihatan hebat, segar dan mampu membawanya dengan penuh keyakinan. Beliau merupakan salah seorang yang berketrampilan dalam apa keadaan sekalipun.

 

Sumber: youtube

#5 Pendek dan Kemas

Ketika zaman remajanya, Neymar muncul dengan gaya rambut seperti ini dimana beliau kelihatan sungguh muda. Gaya rambut ini kelihatan begitu kemas dan selesa untuknya, dan kesederhanaan memberi sentuhan unik untuk beliau bagi gaya rambut ini.

 

Sumber: Men’s Hairstyles Club

#4 Rocking the Mullet

Apabila berfikir mengenai gaya rambut lama yang ‘trendy’, kita lihat bagaimana Neymar menjadikan mullet kelihatan sungguh hebat. Ya, memang benar rambut depannya panjang, tetapi lihat bagaimana ekor rambutnya panjang di belakang. Ia menjadikan dia pencinta mullet.

 

Sumber: hdwallpaper

#3 Shaved Sides Long on Top

Gaya rambut ini memberi sentuhan klasik dimana rambut Neymar disikat rapi ke atas dan bahagian tepi dicukur rapi. Beliau dilihat menggayakan rambut ini berkali-kali. Bukan sahaja rupa ini ialah rupa untuk kebanyakan atlet, malah ia menjadi ‘trend’ untuk orang ramai.

 

Sumber: inspirationseek

#2 Bleached blonde

Di tangga kedua, gaya ‘bleached blonde’ merupakan salah satu gaya yang menakjubkan oleh Neymar. Ada sesetengah orang sesuai dengan rambut ‘brunette’, ada yang mempunyai warna rambut semulajadi yang cantik seperti merah dan perang. Neymar merupakan antara orang dalam dunia ini yang sesuai dengan semua warna rambut.

 

Sumber: AtoZ Hairstyles

#1 Ponytail Braided

Gaya rambut ini ialah gaya yang terbaik tahun 2017. Gaya rambut ini merupakan gaya yang paling cantik dan paling berani yang pernah beliau cuba. Gaya Ponytail Braided benar-benar menyerlahkan sisi kreatif atlet ini.

Baca lagi: Iklan Aiskrim Indonesia Dapat Perhatian Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *