5 Gaya Rambut Anime Yang Patut Dicuba Oleh Kaum Lelaki

Kartun-kartun dari Jepun yang dipanggil sebagai anime bukan sahaja menarik untuk ditonton dan digemari, malah watak-watak dalam anime itu turut memberi inspirasi kepada kaum lelaki untuk menghasilkan gaya rambut yang menarik. Jadi, pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 gaya rambut anime yang patut dicuba oleh kaum lelaki.

Kredit foto: SI Wallpaper HD

Kakashi Hatake (Naruto)

Dalam anime Naruto, Kakashi Hatake adalah guru kepada 3 watak utama anime ini iaitu Naruto, Sasuke dan juga Sakura. Kakashi dikenali sebagai watak yang sangat tenang dan tidak mudah menggelabah apabila ditimpa masalah. Disebabkan kemahiran gurunya yang tinggi, Kakashi berjaya mendidik Naruto dan Sasuke menjadi ninja yang digeruni.

Di samping mempunyai kemahiran ninja yang hebat, Kakashi turut digemari kerana gaya rambutnya yang menarik perhatian. Ia menambahkan lagi elemen cool pada dirinya dan seterusnya menyebabkan ramai orang mahu mengikuti gaya rambut seperti Kakashi.

gaya rambut anime

Kredit foto: Zerochan

Yagami Raito (Death Note)

Watak yang popular menerusi anime Death Note ini adalah seorang budak lelaki yang genius tetapi sering berasa bosan dengan kehidupannya. Tetapi, pada suatu hari dia menjumpai buku nota bernama ‘Death Note’ di mana jika dia menulis nama seseorang di dalam buku itu, orang itu akan mati. Maka, Yagami telah menggunakan buku ini untuk membunuh para penjenayah tanpa perlu melalui proses penghakiman.

Di sebalik penampilan Yagami Raito yang misteri, gaya rambut yang dibawakan olehnya turut menjadi perhatian para lelaki di luar sana untuk dicontohi. Rambutnya yang sederhana panjang dan rambut depan yang menutup kawasan dahi seolah-olah memberi gambaran seorang lelaki yang tenang dan bersahaja dalam menjalani kehidupan.

Baca lagi: 5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu

Kredit foto: The Perpetual – Devian Art

Edward Elric (Fullmetal Alchemist)

Watak protagonis dalam anime Fullmetal Alchemist ini adalah seorang ahli kimia yang boleh mengubah sesuatu menggunakan kuasa magiknya. Tangan kanan dan kaki kiri Edward adalah robot sepenuhnya apabila dua anggota badan ini cedera teruk apabila eksperimennya meletup.

Walaupun di dalam anime ini saiz badan Edward adalah seperti budak kecil, namun begitu gaya rambutnya sesuai untuk digayakan oleh lelaki dewasa yang menggemari rambut bertocang. Di tambah sedikit dengan juraian-juraian rambut di bahagian depan, pastinya ia akan kelihatan menarik bagi mana-mana lelaki.

Kredit foto: Wallpaper Abyss

Saitama (One Punch Man)

Dalam anime One Punch Man ini, Saitama digambarkan sebagai lelaki terkuat di dunia sehinggakan sukar bagi mana-mana musuh untuk mengalahkannya. Susuk badannya yang kurus kering tidak menampakkan langsung karakternya yang sebenarnya adalah seorang superhero.

Saitama tidak mempunyai rambut, tetapi imej botak yang dibawakan olehnya menyebabkan dia berbeza dengan superhero yang lain yang berambut. Imej botak Saitama adalah seperti maruahnya dan juga gaya botak ini sesuai dengan karakternya yang tenang dan bersahaja.

Kredit foto: Bleach Wiki – Wikia

Ichigo Kurosaki (Bleach)

Ichigo Kurosaki adalah watak hero di dalam anime Bleach di mana Ichigo mendapat kuasa sakti apabila dia menerima kuasa tersebut daripada Dewa Kematian. Dengan kuasa yang ada badannya, Ichigo bertanggungjawab untuk melindungi manusia daripada gangguan makhluk jahat yang dipanggil sebagai Hollows.

Dalam anime ini, Ichigo menggayakan rambut jenis spiky. Imej rambut ini kelihatan benar-benar padan dengan watak Ichigo yang sedikit kelam kabut dan kelakar. Namun begitu, disebalik perwatakan begitu, Ichigo adalah seorang yang sangat mengambil berat tentang orang-orang sekelilingnya dan tidak mudah berputus asa.

Rasanya, semua gaya rambut anime ni boleh dihasilkan menggunakan Pomade Mensive, kecuali kepala Saitama sahajalah. Hahaha.

Baca lagi: Hokuto…Minami…Shaah: 5 Ultraman Terawal Yang Disiarkan Di Dalam Televisyen

1 Comment

  1. Noriza

    February 17, 2017 at 10:42 AM

    Naruto paling hensem dengan gaya rambutnya tuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *