5 Fakta Mengenai Kegembiraan Dari Seluruh Dunia

Kegembiraan berasal dari semua aspek kehidupan, daripada pekerjaan kepada kesihatan dan persahabatan.

5 Fakta Mengenai Kegembiraan Dari Seluruh Dunia

Sumber gambar: Shutterstock

Walaupun blok bangunan kehidupan yang memuaskan adalah bersifat sejagat, tetapi tahap gembira adalah berbeza dari negara ke suatu negara.

Untuk mengukur tahap gembira di seluruh dunia, suatu laporan perlu menitikberatkan enam pembolehubah yang utama.

Iaitu pendapatan, jangka hayat yang sihat, sokongan sosial (mempunyai seseorang yang boleh dipercayai ketika waktu kesusahan), kemurahan hati, kebebasan dan amanah.

Tahun ini, laporan mengeluarkan bahawa Norway adalah negara paling gembira di dunia, diikuti oleh Denmark, Iceland dan Switzerland.

Berikut adalah 5 penemuan tentang apa yang menginspirasikan kebahagiaan di seluruh dunia.

1. Orang yang bekerja sendiri mempunyai keseluruhan penilaian hidup yang lebih tinggi

Sumber gambar: ehowenespanol.com

Bekerja sendiri mempunyai pro dan kontranya.

Di negara maju, mereka yang bekerja sendiri dilaporkan lebih berpuas hati daripada mereka yang bekerja secara tradisional.

Walau bagaimanapun, mereka juga lebih cenderung untuk mengalami perasaan negatif seperti tekanan dan juga bimbang.

2. Kebanyakan orang merasa gembira apabila mereka mengekalkan kehidupan sosial mereka sepanjang minggu kerja

Sumber gambar: Google

Kebanyakan rakyat sesuatu negara merasa lebih gembira ketika waktu hujung minggu.

Tetapi kesan hujung minggu ini akan hilang apabila bekerja dalam suasana “kepercayaan tinggi” di mana mereka menganggap bos mereka bukan sebagai yang lebih tinggi tetapi sebagai rakan kongsi.

Dan juga apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial ketika waktu kerja sepanjang minggu.

3. Mempunyai seseorang untuk diharapkan

Sumber gambar: shield.com

Orang yang mempunyai rakan kongsi, hubungan yang kukuh dengan keluarga besar atau memliki seseorang utnuk dipercayai adalah lebih bahagia daripada mereka yang tidak.

Laporan ada menyatakan bahawa  setiap 10 peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara yang mengamalkan sokongan sosial, tahap gembira akan melonjak lebih daripada 20 peratus.

4. Keluarga, zaman kanak-kanak dan persekolahan mempengaruhi kegembiraan di kemudian hari

Sumber gambar: familyconnectionsiowa.com

Bagi orang dewasa, tahap gembira sebahagian besarnya adalah dipengaruhi oleh status ekonomi, sosial dan kesihatan semasa seseorang.

Walaupun latar belakang sering diabaikan, ia juga memainkan peranan utama dalam menentukan kepuasan hidup secara keseluruhannya.

5. Wang bukan segalanya

Sumber gambar: latinamericansurgery.com

Gaji bukanlah satu-satunya aspek kerjaya yang dapat mempengaruhi tahap kegembiraan seseorang.

Status sosial di tempat kerja, hubungan sosial di tempat kerja, struktur kerja harian dan penetapan matlamat juga memainkan bahagian utama dalam menentukan tahap kebahagiaan.

 

Baca lagi:  Tips Mudah Untuk Bagasi ‘Travel’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *