5 Fakta McDonald Yang Mungkin Mengejutkan Anda

McDonald (atau McD) adalah merupakan sebuah restoran makanan segera dan hamburger Amerika. Ia diasaskan pada tahun 1940 sebagai sebuah restoran barbeku dikendalikan oleh Richard dan Maurice McDonald. Francais pertama McDonald telah dibuka di Phoenix, Arizona pada tahun 1953. Hari ini, McDonald kini merupakan antara salah satu restoran makanan yang terbesar di dunia dan paling digemari masyarakat moden.

Berikut adalah 5 fakta yang anda tidak tahu tentang McDonald dan mungkin mengejutkan:

Fakta 1. Satu nugget ayam pernah dijual di eBay dengan harga $ 8,100

5 Fakta McDonald Yang Mungkin Mengejutkan Anda

Sumber gambar: Ebay

Mengapakah? Nugget ayam sebenarnya dianggap menyerupai George Washington. Seramai dua puluh tiga orang membida untuk nugget yang berusia tiga tahun ini. EBay umumnya mempunyai peraturan terhadap penjualan makanan yang telah tamat tempoh, tetapi untuk ini ia telah membuat satu pengecualian.

Wanita yang menjual nugget tersebut, Rebekah Speight berkata, beliau sedang mengumpulkan dana untuk kanak-kanak di gereja tempatan kawasan beliau untuk pergi ke kem musim panas.

Fakta 2. McDonald menjual lebih banyak mainan berbanding Hasbro dan Mattel

Sumber gambar: Getty Images

McDonald menjual sekitar 1.5 bilion mainan di seluruh dunia mengatasi Hasbro atau Mattel yang menjual secara individual.

Restoran ini juga telah mula memasukkan buku selain mainan dalam Happy Meal, iaitu buku untuk kanak-kanak untuk menggalakkan anak muda membaca.

Fakta 3. Ronald McDonald lebih dikenali berbanding Santa Claus

Sumber gambar: Getty Images

Menurut buku Fast Food Nation, Ronald McDonald mudak dicam oleh sebanyak 96 peratus kanak-kanak di seluruh dunia, yang menjadikan beliau satu-satunya watak fiksyen yang lebih dikenali berbanding Santa Claus.

Walaupun terdapat beberapa komen yang menyatakan bahawa badut itu sememangnya menyasarkan kanak-kanak, CEO McDonald, Steve Easterbrook berkata Ronald tidak pernah bergerak ke mana-mana.

Fakta 4. Justin Timberlake dan Pharrell Williams berkolaborasi untuk lagu tema “I’m Lovin’ It

Sumber gambar: Getty Images

Lagu tema McDonald “I’m Lovin’ It” telah dinyanyikan oleh Justin Timberlake, yang membuat kira-kira $ 6 juta untuk jingle tersebut.

Timberlake tidak keseorangan. Pada tahun 2003, Pharrell Williams telah menghasilkan EP “I’m Lovin’ It” yang mengungguli carta teratas di Belgium.

Fakta 5. Pekerja McDonald boleh menghadiri ke Universiti Hamburger

Sumber gambar: Getty Images

Universiti Hamburger ialah program latihan global yang dianggarkan kira-kira 7,500 pelajar menghadirinya setiap tahun. Rekod McDonald menunjukkan bahawa kira-kira 80,000 pekerja telah menghadiri program tersebut sejak ia bermula pada tahun 1961.

 

Baca lagi: 2 Kualiti Paling Penting Yang Anda Perlu Ada Untuk Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *