5 Cerita Superhero Bertopeng Yang Buat Kanak-Kanak 90an Sanggup Ponteng Sekolah

Untuk artikel kali ini kami ingin membawa anda semua untuk berpatah balik semula ke belakang dan kembali ke era 90an. Kami telah menyenaraikan 5 cerita superhero bertopeng dari Jepun yang merupakan kegemaran ramai kanak-kanak pada era 90an.

Cerita-cerita ini telah ditayangkan di saluran RTM dan juga TV3. Cerita-cerita ini juga kebiasaanya ditayangkan antara jam 3 petang sehingga 5 petang. Dek kerana 5 cerita ini juga ada segelintir kanak-kanak yang sanggup ponteng sekolah sebelah petang agar tidak ketinggalan mengikuti setiap episod cerita-cerita ini.

Kami percaya jika anda kanak-kanak yang membesar pada era 90an, anda masih ingat dengan baik setiap gerakan-gerakan yang dibuat oleh superhero bertopeng ini. Contohnya seperti gerakan ‘Tendangan Padu’ dan juga ‘Tumbukan Padu’. Ataupun, senjata-senjata mereka yang unik seperti ‘Meriam Katak’ dan juga ‘Belalang Tempur’.

Untuk artikel kali ini, kami akan menceritakan bagaimana superhero-superhero daripada 5 cerita ini boleh terbentuk lalu bertindak untuk menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk-makhluk jahat. Jom kita baca.

superhero bertopeng

Kredit foto: arnoldmcguireplace.blogspot.com

Hikari Sentai Maskmen

Kisah ini bermula apabila seorang komander yang bernama Sugata yang mempunyai kebijaksanaan yang sangat hebat dan menguasai semua seni mempertahankan diri mendapati bahawa Underground Empire Tube yang diketuai oleh Zeba yang jahat mahu menakluki bumi.

Oleh itu, dalam usaha untuk menentang dan menggagalkan rancangan jahat Zeba untuk menakluki bumi, Sugata telah merekrut 5 orang anak muda lalu membentuk pasukan Maskmen yang bertanggungjawab untuk melindungi bumi.

Baca lagi: 5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu

ads-mens-grooming

superhero bertopeng

Kredit foto: tvtropes.org

Choushinsei Flashman

5 orang kanak-kanak bumi yang telah diculik oleh makhluk asing jahat dari empayar Mess telah diselamatkan oleh makhluk asing baik dari empayar Flash. Setiap seorang daripada kanak-kanak ini telah dibawa ke planet berbeza dalam sistem solar empayar Flash. Mereka diberi latihan untuk mendapat kuasa luarbiasa untuk menentang empayar Mess.

Apabila kelima-lima kanak-kanak ini menjadi dewasa, mereka dapati makhluk asing jahat dari empayar Mess mahu menakluki bumi. Oleh itu, mereka berlima yang bergelar Flashman ini telah kembali ke bumi untuk menghalang usaha empayar Mess yang mahu menakluki bumi di samping berusaha mencari ibu bapa mereka yang telah lama terpisah.

superhero bertopeng

Kredit foto: retropilipinas.blogspot.com

Suria Perkasa Hitam (Kamen Rider Black)

Semasa hari jadi mereka yang ke 19, adik beradik tiri iaitu Kotaro Minami dan Nobuhiko Akizuki telah diculik oleh kumpulan jahat bernama Gorgom. Mereka telah menjalani pembedahan untuk menjadi cyborg untuk dijadikan Creation King. Mereka berdua sepatutnya ditakdirkan bertarung sesama sendiri tetapi Kotaro berjaya melarikan diri dari markas Gorgom.

Dengan bantuan ayah angkatnya, Kotaro mendapat tahu bahawa Gorgom lah yang telah membunuh ibu dan ayahnya. Jadi, dengan menggunakan kuasa luar biasa yang dimilikinya, Kotaro menjadi Suria Perkasa Hitam untuk menentang Gorgom dan juga menyelamatkan adik tirinya iaitu Nobuhiko.

superhero bertopeng

Kredit foto: carigold.com

Gaban (Space Sheriff Gavan)

Bumi telah diserang oleh satu kuasa jahat yang bernama Makuu dan diketuai oleh Don Horror. Don Horror mahu menguasai seluruh angkasaraya dan bumi telah menghalang laluannya untuk mencapai objektifnya. Lalu dia bertindak mahu menjadikan bumi sebagai markas untuk semua raksasa jahat.

Gaban (Space Sherrif Gavan) telah dihantar ke bumi untuk melindungi tanah air ibunya. Di bumi, Gaban dikenali sebagai Retsu Ichijouji yang berkerja di Avalon Youth Club di mana dia menyamar untuk mengesan pergerakan konco-konco jahat Makku dan akan bertukar menjadi Gaban apabila Makku menyerang bumi.

ads-pomade_updated

superhero bertopeng

Kredit foto: godzilla.wikia.com

Cybercop

Disebabkan kes-kes jenayah di bandaraya Tokyo telah berleluasa dan sukar dibendung oleh pihak polis, maka pihak Tokyo Metropolitan Police Force telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menangani masalah ini. Satu jabatan baru dalam skuad polis ditubuhkan dan diberi nama Zero-Section Armed Constable atau nama ringkasnya ZAC.

Para saintis dari pihak polis telah menghasilkan 3 Bit Suits iaitu sebuah sut yang dilengkapi dengan senjata berkuasa tinggi dan berteknologi terkini yang diberi nama Mars, Saturn dan Mercury. Tetapi, semasa episod pertama cerita ini, seorang lelaki misteri telah muncul dengan Bit Suits nya sendiri yang bernama Jupiter dan telah diserap masuk menjadi anggota ZAC.

Adakah ada cerita superhero bertopeng yang kami tidak sebutkan dalam senarai ini dan ia merupakan superhero kegemaran anda? Jika ada, anda boleh tinggalkan nama superhero bertopeng tersebut di dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: Wikipedia

Baca lagi: 3 Kartun Yang Pernah Popular dan Masih Melekat Di Hati Penonton

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *