5 Cara Untuk Atasi Masalah Tidur Berdengkur Dengan Mudah Dan Berkesan

Kaum lelaki memang sinonim dengan masalah tidur berdengkur ini. Jika dengkurannya perlahan tidak mengapa, tetapi bagaimana dengkurannya sekuat bunyi kereta api atau sebuah trak? Pasti ia akan mengganggu tidur orang lain. Bagi yang bujang, mungkin akan mengganggu tidur rakan-rakan, yang sudah berumah tangga pula, ia akan mengganggu tidur si isteri.

Hal ini pasti akan menyebabkan orang lain merungut tentang masalah berdengkur anda. Ini pasti akan memberikan tekanan kepada anda. Nanti, demi memastikan rakan-rakan atau isteri tidur lena, anda korbankan diri pula tidur di luar rumah. Oh, janganlah sampai macam tu sekali!

Jadi hari ini, kami nak bantu anda yang ada masalah tidur berdengkur dengan mengesyorkan 5 cara yang boleh anda amalkan untuk atas masalah ini. Semoga ia dapat membantu anda dan juga orang-orang di sekeliling anda.

 

1. Ubah posisi tidur anda

1

Andainya sebelum ini anda tidur dalam keadaan terlentang, cuba ubah posisi tidur anda kepada tidur mengiring. Selain itu, cuba tinggikan sedikit bantal anda semasa tidur. Pasti ia akan membawa perubahan yang dramatik pada dengkuran anda.

 

2. Kurangkan berat badan

2

Andainya semasa memiliki berat badan ideal anda tidak berdengkur, tetapi apabila berat badan anda bertambah dan sewaktu itulah anda sedar anda berdengkur, cubalah berusaha untuk kurangkan berat badan anda. Sebenarnya, apabila berat bertambah, lemak yang wujud di leher andalah yang menyebabkan dengkuran itu terjadi.

beard oil

3. Dapatkan tidur secukupnya

3

Tidur yang tidak cukup ataupun tidur yang tidak berkualiti juga boleh menjadi punca berlakunya tidur berdengkur. Jangan tidur secara tidak menentu ataupun tidur terlalu lewat kerana ini akan menggalakkan berlakunya tidur berdengkur.

 

4. Tukar bantal

4

Bila kali terakhir anda tukar bantal anda? Setahun? Dua tahun? Empat tahun? Untuk pengetahuan anda, habuk-habuk serta kuman-kuman yang ada di sekeliling bilik tidur dan dalam bantal anda itu boleh menjadi faktor mengapa anda berdengkur. Tukarlah bantal anda apabila perlu dan jangan gunakan terlalu lama.

 

5. Banyakkan minum air

5

Dengan minum banyak air, ia akan membantu melembapkan saluran pernafasan anda dan seterusnya mengelakkan anda daripada berdengkur. Amalkan minum 8 gelas air kosong sehari supaya anda dapat mencegah masalah tidur berdengkur ini.

 

*sumber gambar dari Google

 

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *