5 Cara Paling Teruk Bagaimana Seseorang Atlit Membelanjakan Wang Mereka

Kita sedia maklum yang atlit-atlit bertaraf bintang ini mempunyai harta yang cukup banyak. Gaji mereka boleh dikatakan menjadi idaman sesiapa sahaja yang di dunia ini. Dengan wang sebanyak itu, orang ramai merasakan dapat membelanjakan ia untuk membeli apa sahaja yang diinginkan.

Namun begitu, kekayaan yang dimiliki belum menjamin kewarasan seseorang atlit untuk membelanjakan wangnya untuk perkara-perkara berfaedah. Sebab itulah, pada hari ini ingin sekali kami berkongsi dengan anda 5 cara paling teruk bagaimana seseorang atlit membelanjakan wang mereka.

Kredit foto: Getty Images

Dadah

Walaupun sudah memiliki kehidupan yang menjadi idaman orang ramai, segelintir para atlit bertaraf bintang ini sanggup merosakkan diri mereka dengan membeli dadah. Mereka seolah-olah tidak kisah untuk berbelanja ratusan ribu ringgit asalkan ketagihan mereka dapat dipenuhi.

Contoh atlit-atlit yang pernah mempunyai masalah berkaitan dengan dadah adalah seperti Diego Maradona, Andre Agassi dan juga Mike Tyson.

Kredit foto: Brookhaven Hospital

Pelacur

Atlit bertaraf bintang ini merasakan bahawa duit yang mereka miliki mampu membeli apa sahaja termasuklah melanggan pelacur. Ini adalah cara yang sangat teruk untuk membelanjakan duit hasil usaha mereka. Selain merugikan duit sahaja, para atlit ini berpotensi menghidap penyakit AIDS kerana aktiviti ini.

Micheal Phelps, Derrick Rose dan Wayne Rooney adalah beberapa nama atlit yang pernah mensia-siakan duit mereka untuk melanggan pelacur.

Baca: 5 Pemain Bola Sepak Bertaraf Bintang Yang Kini Hidup Bermasalah Selepas Bersara

Kredit foto: SPORTAL.co.nz

Berjudi

Nama pun judi, pastinya ia lebih menguntungkan penganjur berbanding pemain. Setiap taruhan hanya bergantung pada nasib yang kadangkala hanya boleh terjadi sekali seumur hidup.

Pernah satu ketika pada tahun 2005, pemain golf lagenda, John Daly, yang memenangi wang 750,000 US dolar, telah menghabiskan kesemua wangnya di pusat perjudian popular, Vegas. Beliau bukan sahaja tidak berjaya, malah telah merekodkan perbelanjaan sebanyak 1.5 juta US dolar untuk bermain judi.

Kredit foto: Getty Images

Pereka Pakaian

Ini juga adalah salah satu punca mengapa para atlit akan kehabisan duit dengan segera apabila mereka bersara kelak. Para atlit seperti atlit bola sepak sanggup mengupah pereka pakaian untuk mereka pakaian untuk atlit-atlit ini pakai pada hari perlawanan mereka.

Mengapa perlu pakai cantik-cantik sedangkan mereka mahu bermain bola dan bukan pergi majlis-majlis keraian? Dikatakan, para pemain bola sepak ini telah diajar supaya mengamalkan untuk memakai pakaian bergaya.

Kredit foto: Pinterest

Rumah agam

Rumah sememang satu pembelian aset yang bijak. Ia boleh menjamin masa depan kewangan seseorang apabila membeli rumah. Namun begitu, jika rumah yang dibeli adalah melampaui keselesaan seseorang atau terlalu mewah, ia pastinya menjadi satu pelaburan yang merugikan.

Contohnya, pembelian rumah agam boleh menjadi merugikan andainya atlit tinggal berseorangan atau bilangan ahli keluarga mereka kecil sahaja. Rumah agam juga memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dek kerana saiznya yang besar.

Adakah anda merasakan ada lagi tak cara paling teruk bagaimana seseorang atlit membelanjakan wang mereka? Jika ada, tinggalkan komen anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca: 5 Atlit Yang Lahir Dari Celah-Celah Kemiskinan Dan Kini Bergelar Atlit Bertaraf Bintang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.