5 Cara Bagaimana Sukan Boleh Menjadikan Dunia Ini Lebih Baik

Tak semua orang menganggap sukan ini adalah aktiviti yang memberi manfaat. Ada yang masih berfikir bahawa sukan ini hanya membuang masa dan tenaga. Sebenarnya, sukan bukan sahaja sebuah aktiviti yang menyihatkan badan, malah ia turut memberi kesan positif dari segi mental dan emosi. Jadi untuk hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 cara bagaimana sukan boleh menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik.

cara bagaimana sukan

Kredit foto: www.express.co.uk

Sukan Menyatupadukan Manusia

Contoh yang paling mudah ialah Sukan Olimpik di mana semua atlit dari seluruh dunia akan berkumpul di satu tempat yang sama, bukan sahaja untuk bertanding malah mereka akan berinteraksi antara satu sama lain. Walaupun berbeza bangsa, bahasa dan budaya, semasa dalam sukan olimpik, mereka akan menggunakan dan memahami peraturan yang sama untuk bertanding dan seterusnya menunjukkan elemen keamanan di sini.

Kredit foto: Fanpop

Sukan Membantu Orang Muda Menjadi Lebih Baik

Satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Lindsay A. Taliaferro, sukan bukan sahaja membantu orang-orang muda mengawal berat badan mereka, malah ia turut membantu dari segi meningkatkan perhubungan sosial, kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan keyakinan diri, mampu mengawal diri, meningkatkan prestasi akademik dan juga mengurangkan masalah-masalah juvana.

Baca lagi: Ann Osman: Pahlawan Wanita Dalam Dunia Lelaki

Kredit foto: Daily Pics Update

Sukan Membantu Mengatasi Stres

Seorang pakar kesihatan iaitu Kelly McGonigal menyatakan bahawa sukan ini membantu manusia menjadi lebih sihat, gembira, bahagia dan juga lebih tenang. Menurut Kelly, sukan membantu seseorang mempelajari tentang diri mereka sendiri dari segi berdepan cabaran yang mendatang, bagaimana mahu melepasinya dan bagaimana mahu mempelbagaikan cara untuk selesaikan masalah. Tambahnya, andainya kekuatan dalaman seseorang itu meningkat, maka dia boleh mengatasi stres dengan baik.

Kredit foto: IB Times AU

Sukan Mencegah Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak pada masa kini amat membimbangkan. Mereka lebih gemar duduk di rumah menonton televisyen dan bermain permainan video. Menurtu satu kajian pada tahun 2010 oleh Dr. Taliaferro, atlit-atlit kanak-kanak yang makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran akan lebih banyak terlibat dengan aktiviti sukan berbanding mereka yang bukan atlit.

Selain itu, mereka yang sering terlibat dengan acara sukan dan program kesihatan biasanya tidak akan berdepan masalah berat badan dan akan kekal aktif semasa dewasa.

Kredit foto: Discover Movies to Pin

Sukan Mengajar Untuk Menjadi Bersemangat Semula

Selain daripada membantu badan menjadi lebih sihat, sukan juga turut mengajar manusia bagaimana untuk bangkit semula selepas berdepan dengan kekecewaan. Tidak kisahlah sama ada kecewa disebabkan kecederaan ataupun gagal memenangi sesuatu kejuaraan, kebangkitan semula adalah satu ciri yang penting dalam seseorang atlit.

Seseorang atlit harus ingat, walau sehebat mana pun perancangan, walau kuat macam mana pun berlatih, andainya ditakdirkan mengalami kekalahan, maka, hadapilah dengan tenang. Belajarlah daripada kekecewaan itu dan cuba cari apakah puncanya dan belajar agar dapat bangkit semula di lain masa.

Itulah 5 cara bagaimana sukan boleh menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Ternyata, bersukan bukanlah sesuatu yang membuang masa. Ia mampu menyihatkan badan, malah turut menyihatkan mental dan juga emosi kita. Jika anda sudah lama tidak bersukan, mungkin sudah tiba masa untuk anda bersukan semula.

Baca lagi: 5 Kisah Inspirasi Dari Dunia Sukan Yang Patut Difilemkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *