5 Bukti Bahawa Wanita Boleh Mengalahkan Lelaki Dalam Dunia Sukan

Lelaki dan wanita. Sudah menjadi lumrah, wanita adalah lebih lemah dari segi fizikal dan tenaga berbanding lelaki. Namun begitu, kadangkala keajaiban boleh berlaku. Ada waktunya wanita boleh mengatasi kekuatan tenaga lelaki. Sebab itulah untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 peristiwa wanita boleh mengalahkan lelaki di dalam acara sukan.

wanita boleh mengalahkan lelaki

Kredeit foto: Fishki.net

Jackie Tonawanda kalahkan Larry Rodania

Jackie Tonawanda, seorang wanita, diberi gelaran sebagai ‘The Female Ali’ kerana beliau boleh dikatakan sebagai antara wanita terawal yang melibatkan diri dalam sukan tinju dalam tahun 1970 hingga 1980. Pada 8 Jun 1975, Jackie telah mencipta sejarah apabila beliau berjaya mengalahkan seorang peninju lelaki, Larry Rodania.

Gelanggang di Madison Square Garden menjadi saksi apabila Jackie berjaya mengalahkan Larry secara knockout semasa pusingan kedua.

Kredit foto: Bleacher Report

Chyna kalahkan Jeff Jarret

Chyna adalah penggusti lelaki di dalam WWE. Perbezaan ketara yang ada pada Chyna dan penggusti-penggusti wanita yang lain dalam WWE ia fizikalnya. Beliau mempunyai fizikal hampir sama seperti seorang lelaki. Di samping itu, untuk membuktikan beliau mempunyai kekuatan sama seperti lelaki, beliau telah bertarung dengan penggusti lelaki Jeff Jarret di samping ingin merebut gelaran WWE Intercontinental Champion pada 17 Oktober 1999.

Chyna berjaya memenangi perlawanan ini dan seterusnya dinobatkan sebagai WWE Intercontinental Champion dan seterusnya menjadi satu-satunya penggusti wanita dalam WWE yang pernah memenangi gelaran ini di mana sehingga kini tiada siapa yang berjaya mengatasinya.

Baca lagi: Masihkah Anda Ingat Cerita The Cave of the Golden Rose?

Kredit foto: Reuters

Sonya Thomas Juara Makan

Sonya Thomas adalah wanita Korea yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan mempunyai saiz badan yang agak kecil dengan berat badannya hanyalah 45 kilogram. Tetapi, di sebalik saiz badannya yang kecil, dia pernah menjadi juara makan mengatasi lelaki dalam pertandingan National Buffalo Wings Festival.

Pada tahun 2003, Sonya berjaya menjadi juara dan mengalahkan peserta-peserta lelaki apabila beliau berjaya makan dan menelan 134 kepak ayam dalam masa 12 minit. Beliau juga turut menjadi juara pada tahun 2004, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011.

Kredit foto: Wrestle Girl

Michaela Hutchinson Juara Gusti Greek

Pada tahun 2006, Michaela Hutchinson dari Alaska mencipta sejarah apabila beliau memenangi pertandingan gusti greek peringkat negeri dan menjadi wanita pertama memenangi pertandingan yang turut disertai oleh penggusti-penggusti lelaki. Kemenangan Michaela pada ketika ini agak dramatik kerana skornya pada ketika itu agak tipis iaitu 1-0 mengatasi penggusti lelaki. Namun begitu, beliau berjaya bertahan selama 16 saat sehinggalah masa ditamatkan dan dinobatkan sebagai juara gusti greek.

Kredit foto: Motorsport.com

Danica Patrick Juara Indy 300

Pada tahun 2005, Danica Patrick telah dinobatkan sebagai Indianapolis 500 Rookie of the Year dan pada ketika itu ramai peminat-peminat sukan motor tahu bahawa beliau bakal menjadi juara dalam sukan lumba kereta ini. Ramalan ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 2008, di Indy Japan 300, Danica berjaya memenangi perlumbaan ini dengan jarak masa 5 saat di hadapan seorang pelumba lelaki iaitu Helio Castroneves. Kemenangan ini menjadikan Danica sebagai wanita pertama yang pernah memenangi perlumbaan IndyCar.

Jadi para wanita, jangan sangka anda lemah berbanding lelaki. Pastinya, ada kelebihan yang anda ada dan belum disedari untuk mengatasi kekuatan seseorang lelaki. Tak percaya? Maka peristiwa di atas boleh menjadi buktinya.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Bertaraf Bintang Yang Hidup Bermasalah Selepas Bersara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *