5 Bintang Bola Sepak Yang Sepatutnya Menjadi Model Terkemuka

Ada sesetengah pemain bola sepak jika mereka tidak memilih sukan bola sepak sebagai kerjaya, pastinya mereka boleh berjaya dalam bidang yang lain terutamanya modelling. Jadi hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 bintang bola sepak yang sepatutnya menjadi model terkemuka seandainya mereka sebenarnya tidak ditakdirkan untuk bermain bola sepak. Jom kita sama-sama lihat 5 pemain yang patutnya menjadi bintang dalam dunia modelling.

Kredit foto: Info Hairstyles

David Beckham

Selain daripada kemahiran mengambil sepakan percumanya yang mengkagumkan itu, David Beckham tiada skil lain yang boleh dikagumi. Tanpa skil sepakan percuma itu, sudah tentu beliau adalah sekadar pemain bola sepak biasa sahaja. Tapi, David Beckham dikurniakan muka yang kacak dan bentuk badan yang menarik dan menyebabkan beliau sentiasa menjadi perhatian syarikat jenama-jenama terkemuka untuk menjadikan beliau sebagai model untuk mempromosikan produk-produk syarikat.

Antara syarikat yang pernah mengambil David Bechkam sebagai model ialah Emporio Armani, H&M dan Adidas.

Kredit foto: Pinterest

Fredrik Ljungberg

Pemain yang suatu masa dahulu pernah mencipta zaman gemilang semasa beraksi bersama dengan Arsenal dari tahun 1997 sehingga 2008, turut mempunyai peluang cerah untuk berjaya dalam dunia modelling jika tidak bermain bola sepak. Walaupun sekadar mempunyai ketinggian 1.75 meter sahaja, Fredrik sering mendapat tawaran untuk menjadi model. Pada tahun 2003, semasa beliau menjadi model untuk jenama Calvin Klein, adalah dikatakan bahawa kempen iklan menggunakan Fredrik sebagai model adalah yang paling berjaya di antara kebanyakan iklan yang telah dihasilkan.

Baca lagi: 12 Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Jambang Yang Super Cool

Kredit foto: Star2

Cristiano Ronaldo

Bintang Real Madrid ini sememangnya mempunyai pakej lengkap sebagai pemain bola sepak. Mempunyai banyak skil yang digeruni lawan di samping mempunyai wajah yang kacak dan tubuh badan yang menarik. Jika tidak bermain bola sekalipun, beliau pasti menyerlah dalam dunia modelling. Cristiano Ronaldo dibayar dengan bayaran yang cukup tinggi apabila dipilih menjadi model untuk jenama-jenama seperti Nike, Emporio Armani dan KFC. Untuk Nike, beliau mendapat bayaran sebanyak RM78 juta setahun. Banyak gila kan?

Kredit foto: Daily Mail

David Ginola

Pemain ini adalah pemain yang cukup popular pada era 90an. David Ginola pernah bermain dengan kelab-kelab ternama seperti Paris Saint-Germain, Newcastle United dan juga Tottenham Hotspur. Wajahnya yang kacak pastinya memudahkan beliau untuk menjadi model jika tidak bermain bola sepak. Imej beliau yang berambut panjang itu juga telah menyebabkan beliau dilantik untuk menjadi model bagi produk rambut jenama L’Oreal.

menjadi model

Kredit foto: H&M

Paolo Maldini

Beliau antara pertahanan bola sepak lagenda yang cukup digeruni dan dihormati di seluruh dunia. Sepanjang bersama AC Milan sejak tahun 1985 hingga bersara, beliau telah berjaya membantu AC Milan meraih banyak kejayaan. Selain daripada skil pertahanannya yang mengkagumkan itu, Maldini turut mempunyai aset wajah yang kacak dan bentuk badan yang menarik di mana beliau telah ditawarkan untuk menjadi model bagi jenama seperti Emporio Armani dan Versace. Namun begitu, Maldini telah menolak tawaran ini kerana beliau berkata tempatnya adalah di atas padang dan bukan untuk pentas fesyen.

Untung betul jadi orang yang kacak ni kan? Ada saja pihak yang mahu ambil jadi model. Tapi, jika kita tidak kacak sekalipun, kita pasti ada kelebihan di tempat lain. Jadi, janganlah sedih jika tidak tampan kerana Tuhan sudah menempatkan skil kita untuk perkara lain.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuknya Walaupun Selepas Beraksi 90 Minit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *