5 Benda Yang Lelaki Tak Boleh Hidup Tanpanya

Lelaki dan perempuan adalah dua individu dan spesis yang berbeza dari sudut personaliti dan juga kehendak. Lelaki selalunya akan berfikir betapa susahnya mereka untuk memahami perangai wanita dan begitu juga sebaliknya bagi wanita.

Banyak bahan bacaan dan jurnal dari internet telah menjelaskan mengenai perkara ini namun tiada satu pun yang benar-benar dapat membantu kita untuk memahami isi hati mereka yang sebenar. Anda perlukan beberapa perkara yang dapat membahagiakan hidup anda.

Di sini disenaraikan ada beberapa perkara di mana lelaki tidak boleh hidup dengan senang tanpa kehadirannya.

Gambar hiasan: Maltamart

1. Gajet

Lelaki sering dikaitkan dengan kegilaan dengan barangan gajet kerana bagi seorang lelaki, pengetahuan dan kepekaan terhadap gajet merupakan suatu kemestian. Teknologi dan lelaki memang sukar untuk dipisahkan. Tanyalah pada sesiapa sahaja tentu anda akan mendapat jawapan yang sama.

Tak kira samada ia merupakan komputer riba, telefon pintar mahupun iPad, lelaki sememangnya tidak boleh hidup tanpa gajet tersebut. Bermain game di komputer sudah merupakan kemestian bagi setiap lelaki. Jika ia adalah hobi asas seorang lelaki bagaimana pula untuk hidup tanpanya walaupun sesaat.

Gambar hiasan: Enterprise

2. Kereta/Motor

Peminat gajet juga kadangkala mempunyai kegilaan yang kritikal terhadap motosikal dan kereta berkuasa tinggi. Pantang ada keluaran terbaru maka lelak toidak akan berlengah-lengah untuk bertukar kepada jenis yang terbaru. Malah mereka juga gemar untuk berlumba-lumba dengan rakan mereka untuk menunjukkan kereta/motosikal siapa yang lebih hebat.

Jika diperhatikan, kaum lelaki sememangnya sangat peka bila ia adalah mengenai berita automotif terkini tentang keluaran kenderaan terbaru.

Gambar hiasan: Modern Man

3. Ruang Dan Sempadan

Ramai lelaki yang beranggapan jika kekasih mereka terlalu bergantung padanya boleh menyebabkan si dia berasa rimas. Setiap lelaki memerlukan ruang persendirian di dalam hidup mereka. Terlalu banyak gangguan boleh sedikit sebanyak menguji kesabaran mereka.

Lelaki lebih gemar untuk hidup berdasarkan kehendak mereka sendiri. Jika anda langsung tidak memberi sedikit ruang untuk si dia berfikir atau melakukan sesuatu tanpa gangguan ini boleh mengakibatkan si dia meninggalkan anda.

Gambar hiasan: Linkedin

4. Aktiviti Sukan

Kaum lelaki dan sukan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Bagi kaum lelaki, aktiviti sukan terutama sekali yang lasak itu suah sebati sebagai identiti mereka. Lelaki bukan sahaja melakukan aktiviti sukan hanya untuk kesihatan tubuh badan malah ia merupakan salah satu cara untuk mereka mengendalikan tekanan kerja dan konflik dalaman dengan cara yang lebih produktif.

Gambar hiasan: IMDB

5. Seks 

Sekarang anda sudah faham mengapa kaum lelaki sering dikaitkan dengan gatal dan kaki perempuan. Ini adalah dalam kepala seorang lelaki, mereka akan kerap berfikirkan tentang perempuan dan seks. Mengikut kajian, lelaki boleh hidup tanpa makanan dan keperluan lain namun adalah amat sukar untuk mereka hidup tanpa memikirkan mengenai seks walaupun seminit.

Baca lagi: Ikon Berjambang Yang Terkenal Di Serata Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *