5 Benda ‘Slack’ Yang Lelaki Selalu Buat Dalam Hubungan Suami Isteri

Dalam perkahwinan, untuk mewujudkan hubungan yang harmoni kita perlu mengetahui kelemahan diri masing-masing agar ia dapat diperbaiki dan merapatkan lagi silaturrahim antara suami dan isteri.

Untuk kaum adam, anda perlu ketahui benda-benda ‘slack’ yang jika anda buat boleh mengganggu kehidupan rumah tangga anda. Dengan mengetahui hal ini, anda boleh elakkan daripada mengamalkannya dan seterusnya mewujudkan hubungan yang harmoni antara suami isteri.

Jadi di sini kami ingin menyatakan 5 benda ‘slack’ yang selalu dilakukan oleh lelaki dalam rumah tangga.

 

1. Tiada rasa cemburu

jealous man

Lelaki tidak boleh rasa terlalu tenang sehingga tidak wujud rasa cemburu dalam diri. Rasa cemburu ini sebenarnya menyebabkan isteri merasakan bahawa mereka sangat penting dalam kehidupan si suami. Cemburu juga adalah simbol cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita tetapi janganlah sampai jadi cemburu buta.

 

2. Mementingkan diri sendiri di ranjang

intimate couple

Lelaki tidak boleh hanya mementingkan kepuasan nafsu sendiri semasa beraksi di ranjang. Kepuasan isteri juga perlu dijaga dengan baik. Wanita biasanya mengambil masa lebih lama untuk menjadi ghairah dan terangsang, jadi si suami perlu bersabar. Jangan sampai si isteri menyangka dia hanya sebagai tempat pemuas nafsu sedangkan bagi mereka hubungan di ranjang adalah tanda sebuah percintaan.

 

3. Berdiam diri bila bermasalah

couple fight

Elakkan daripada berdiam diri apabila ada masalah. Dalam hubungan rumah tangga, sepatutnya tiada perkara yang perlu dirahsiakan daripada isteri. Lagipun, apabila berkongsi masalah dengan isteri, si isteri dapat merasakan seperti masalah yang suami hadapi itu adalah masalah mereka juga dan dengan berkongsi masalah juga isteri dapat merasakan mereka penting dalam kehidupan suami.

 

4. Tidak mengenali bahasa rahsia isteri

couple problem

Wanita memiliki bahasa rahsia yang tidak diketahui oleh ramai lelaki. Biasanya ia dapat ditunjukkan melalui bahasa tubuhnya. Namun begitu, apabila lelaki tidak peka dengan perilaku ini, ia akan mendatangkan kekecewaan kepada wanita. Isteri pasti suka sekiranya si suami dapat melakukan sesuatu yang diinginkannya tanpa perlu diberitahu.

 

5. Mendengar tapi belum tentu mendengar

couple discuss

Pabila wanita menceritakan masalahnya, lelaki lebih cenderung untuk memberi respon segera tanpa memahami sepenuhnya masalah tersebut. Ini menyebabkan wanita merasakan bahawa lelaki tiada perasaan empati kepadanya. Dengarkan masalahnya dengan teliti dan fahaminya dengan baik dan jangan terlalu segera memberi respon. Dengar dengan betul-betul mendengar.

 

*sumber gambar dari Google

 

join us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *