5 Basikal Termahal 2017

Sumber: Carmencitta Magazine

#5 Trek Madone 7 Diamond: $75,000

Trek ialah jenama basikal terhormat yang memenuhi permintaan pelanggan yang kaya. Trek Madone 7 ialah basikal bertatahkan 307 berlian yang selayaknya untuk juara. Malah, ia direka untuk Lance Armstrong, yang pernah memenangi beberapa perlumbaan. Nike, Trek Bikes, Alan Friedman dan Lenny Futura, kesemuanya mengambil bahagian dalam rekaan basikal itu. Basikal ini adalah versi mewah model Madone mereka yang popular.

 

Sumber: Aurumania

#4 Aurumania Crystal Edition Gold Bike: $114,000

Walaupun, orang kaya selalunya lebih suka barang mewah mereka praktikal dan bukan sahaja menyerlah, Aurumania Crystal Edition Gold Bike ternyata hanya menyerlah. Walau bagaimanapun, ia tetap menakjubkan. Aurumania hanya akan mencipta 10 basikal emas. Bingkai basikal ini disalut dengan 24 karat emas dan ada lebih 600 kristal Swarvoski.

 

Sumber: Freshness Mag

#3 Kaws – Trek Madone: $160,000

Tiga nama besar bergabung untuk menghasilkan basikal dengan enam angka ini – Lance Armstrong, artis pop KAWS, dan Trek. Ia mempunyai corak signature KAW “chompers” di keseluruhan basikal, dan dicat dengan warna signature hitam dan kuning Livestrong. Basikal ini ialah sebahagian daripada kempen seni Livestrong untuk meraih dana untuk kanser.

 

Sumber: Tuvalum

#2 Trek Butterfly Madone:  $500,000

Versi mewah lagenda Madone dari Trek  ini dilelong bersama edisi Madone Kaw. Walaupun dengan rekaan yang feminin, basikal ini semestinya tidak serupa dengan basikal tipikal yang anda punyai. Corak rama-rama basikal ini agak menggerunkan – artis Damien Hirst menggunakan ratusan kepak rama-rama hidup di keseluruhan bingkai. Aktivis haiwan membantah seperti dijangka.

 

Sumber: Bikerumor

#1 House of Solid Gold 24K Gold Extremely Fat Bike: $1 juta

Emas sangat berat dan tidak tahan lama, tetapi ia semestinya kelihatan gah. Basikal emas Auramania hanya disaluti emas, jadi ia boleh berfungsi seperti biasa. Tetapi, House of Solid Gold 24K Gold Extremely Fat Bike tidak disalut – bingkai basikal ini sendiri ialah emas padu. Jadi, basikal ini ternyata hanya untuk pertunjukan.

Baca lagi: Ingin Jadi Pengusaha Muda Yang Sukses? Ikuti Tips Berikut Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *