Dalam bilik air rumah bujang, kebiasaannya semua tempat ada barang untuk diselitkan. Tidak terurus dan kelihatan menyemakkan. Berus gigi pula hanya diletakkan di atas sink sekali dengan pencuci muka dan lain-lain barang. Manakala barangan bercukur juga diletakkan di ruang basah. Bujang lah katakan…

Kalau bilik air anda seperti yang dinyatakan, segeralah ubah keadaan ini. Bilik air merupakan ruang yang kerap sekali dikunjungi di dalam rumah; jika kotor dan tidak terurus, bukan saja bakteria gembira membiak, kemalangan juga mungkin terjadi! Jika ruang terhad maka anda hanya perlu meletakkan barang keperluan asas sahaja.

1. Bekas/cawan berus gigi
Bekas ini begitu penting dan berus gigi seharusnya diasingkan dari bakul perapi badan yang lain kerana tahap kebersihannya perlu diutamakan. Kebanyakan penghuni tidak mengetahui masalah ini dan menyumbat semua barang dalam satu bakul. Cara sebegini harus dielakkan bagi menjaga kebersihan mulut anda. Lokasi paling sesuai diletakkan adalah di atas sink atau diletakkan atas dari paras sink. Boleh juga DIY begini:

11-1
ads-hair-tonic
2. Cermin
Ada individu yang tidak kisah tentang cermin, namun cermin merupakan keperluan asas di bilik air. Kegunaannya untuk membantu anda membersihkan diri sendiri dan juga ketika bercukur.

https://i0.wp.com/img1.exportersindia.com/product_images/bc-full/dir_122/3639136/plastic-bathroom-mirrors-metro-2004-1970979.jpg?w=960

3. Bakul serba guna
Pening kepala bila dapat teman serumah yang suka meletak botol-botol sampu dan perapi badan bersepah-sepah. Jika ini terjadi, apa kata anda dapatkan bekas plastik bersaiz sederhana dan memasukkan semua barangan ini ke dalam bekas tersebut. Menjimatkan ruang dan tiada lagi pemandangan semak.

https://i1.wp.com/ae01.alicdn.com/kf/HTB1h_GoJVXXXXXmaXXXq6xXFXXXD/Storage-font-b-Basket-b-font-New-1-pcs-Colored-Fashion-Hollow-Plastic-Portable-Kitchen-Bathroom.jpg?w=960&ssl=1

4. Tong Sampah
Sila dapatkan tong sampah kecil yang tahan karat agar sampah tidak dibuang merata-rata. Bilik air harus bersih bagi mengelakkan penyebaran bakteria.

https://i0.wp.com/www.freeimageslive.com/galleries/workplace/office2/pics/wastebin.jpg?w=960
ads-beard-oil

5. Berus Pencuci
Ini adalah berus mencuci bilik air. Berus ini wajib ada bagi mengekalkan kebersihan kamar kecil ini. Bilik yang sentiasa basah mengundang pembiakan kulat. Jika anda terlihat kotoran di suatu sudut, capai sahaja berus ini bersihkan sahaja. Cara ini membuatkan bilik air anda sentiasa kemas dan bersih.

https://i2.wp.com/www.dhresource.com/albu_394258756_00-1.0x0/revitalize-sa125-small-toilet-brush-toilet.jpg?w=960

Sumber: Maskulin

BACA: 7 Vitamin Dan Mineral Yang Sangat Penting Untuk Lelaki

Join us_New