5 Atlet yang Menjadi Model

Sumber: Alchetron

#5 Christian Sprenger

Christian David Sprenger ialah seorang perenang Australia dan kita tahu perenang adalah antara atlet yang paling cergas. Selain cergas dan sihat, beliau juga memikat dan memukau. Beliau pakar dalam stail ‘breastttroke’ dalam sukan renang dan kini sudah bersara. Sekarang berumur 31 tahun, dan dahulu dilatih oleh Simon Cusack.

 

Sumber: senatus

#4 Hidetoshi Nakata

Hidetoshi Nakata mempunyai fizikal yang tinggi, kacak, berbadan sasa, dan semestinya menjadi kegilaan wanita. Andrea Tenerani, jurugambar untuk GQ di Itali berkata mengenai Nakata, “Beliau sempurna; seperti seorang model. Dan beliau sangat obses dengan fesyen.”

 

Sumber: Digital Spy

#3 Thom Evans

Thom Evans sangat diminati wanita dan beliau sememangnya layak untuk perhatian tersebut. Pemain ragbi 32 tahun ini berasal daripada Zimbabwe dan mempunyai fizikal yang ideal. Thom Evans pernah menjadi model untuk D. Hedral, dan menjadi duta untuk Coca Cola.

 

Sumber: Pinterest

#2 Fredrik Ljungberg

Fredrik berumur 40 tahun dan merupakan yang paling berumur antara atlet yang berada dalam senarai ini. Tetapi ia tidak menghalang beliau menjadi bintang yang ‘panas’.  Pemain yang berasal daripada Sweden ini pernah menjadi wajah untuk iklan jenama terkenal  seperti Nike, Procter & Gamble, L’Oreal, Puma, Beats, ESPN dan Pepsi.

 

Sumber: Socialite Life.

#1 Cristiano Ronaldo

Sebagai nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Cristiano Ronaldo sangat berbakat dan berdedikasi. Mempunyai peminat lebih daripada 1 bilion, selayaknya beliau berada di tangga pertama. Cristiano Ronaldo dikatakan mempunyai tubuh fizikal paling sempurna seorang atlet dalam dunia. Beliau meraih pendapatan yang banyak dengan menjadi duta dan model.

Baca lagi: Melintas Di Bahu Jalan, Jeep Ini Dilanggar Subaru Tiga Kali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *